Harian Metro

Jerat besar menanti kera liar

-

Tidak tahan diancam kera liar yang sering memasuki Kampung Kepis Baru, di sini, membuatkan penduduk memasang perangkap bersaiz besar di kawasan hutan berhampira­n kampung itu, kelmarin.

Ini berikutan haiwan berkenaan berkeliara­n di kampung itu saban hari dipercayai untuk mencari makanan sehingga menimbulka­n rasa tidak selesa dan mengancam keselamata­n penduduk.

Seorang penduduk Maasin Kalam, 63, berkata persiapan untuk majlis perkahwina­n anaknya pernah dimusnahka­n kera menyebabka­n anaknya menanggung kerugian dalam kejadian, awal tahun ini.

“Ketika kejadian kami sekeluarga tiada di rumah. Sebaik pulang, kami terkejut

Kuala Pilah mendapati semua barangan bersepah di atas lantai.

“Bukan itu saja, pernah juga makanan yang disimpan di dalam tudung saji habis dimakan kera, malah dibimbangi mengancam nyawa keluarga saya,” katanya ketika ditemui di kampung itu, di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Kepis Baru Zamri Saip, 47, berkata masalah itu berlaku kira-kira tiga tahun lalu, namun dilihat semakin mengganas sejak enam bulan kebelakang­an ini.

Menurutnya, pihaknya sering menerima laporan daripada penduduk yang mendakwa kera masuk ke dalam rumah dan merosakkan harta benda serta perkakasan rumah mereka.

“Haiwan itu bersaiz besar dan dikhuatiri boleh mengancam keselamata­n terutama kanak-kanak. Setakat ini, belum ada kejadian penduduk diserang dan sebab itu kita mengambil tindakan memasang perangkap untuk mengelak kejadian buruk berlaku.

“Kami bergotong-royong membina perangkap bersaiz tiga meter x satu meter mengikut cara ‘orang lama’ lakukan. Kami letakkan buah nangka, umbut kayu dan pisang sebagai umpan,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK Kampung Kepis Baru bergotong-royong membuat perangkap kera.
PENDUDUK Kampung Kepis Baru bergotong-royong membuat perangkap kera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia