Harian Metro

Mangsa nahas meninggal selepas 10 hari

-

Selepas 10 hari bertarung nyawa, mangsa kemalangan di Jalan Pintasan Pelabuhan-Sungai Ular, berhampira­n Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), di sini, menghembus­kan nafas terakhir, kelmarin.

Mangsa, Zuraini Basir, 34, berasal dari FELDA Lepar, di sini, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), jam 12.15 tengah malam.

Dua lagi mangsa lelaki yang melecur di pinggang masih menerima rawatan di HTAA namun identiti mereka belum diperoleh disebabkan tidak membuat laporan berhubung kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Pahang, Superinten­dan Mohd Noor Yusof Ali berkata, jenazah mangsa diserahkan kepada ahli keluargany­a selepas bedah siasat selesai dijalankan pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia