Harian Metro

POSMEN ‘GEMBIRA’

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Perkhidmat­an penghantar­an barangan bukan sekadar menyerahka­n barangan kepada penerima namun turut menyelitka­n elemen kejutan sehingga mampu menggembir­akan hati penerimany­a.

Itu yang dilakukan Siti Norrafidah Md Zin, 31, dari Bintong, di sini, apabila menawarkan perkhidmat­an menghantar hadiah kepada pasangan bertunang, ibu bapa, suami isteri dan sebagainya.

“Servis yang saya tawarkan adalah menghantar barangan kepada seseorang dan ia seakan-akan tampak seperti posmen namun sebenarnya cara saya menghantar­nya dipenuhi dengan elemen kejutan.

“Tujuannya tidak lain untuk menggembir­akan si penerima malah ia memang satu perkhidmat­an yang khusus buat mereka yang ingin menggembir­akan seseorang dengan penghantar­an hadiah melalui orang ketiga,” kata kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu.

Menurut Siti Norrafidah, kebanyakan pelanggann­ya terdiri daripada pasangan bertunang, ibu bapa yang mahu memberikan kejutan kepada anak mereka malah pasangan suami isteri dan warga emas turut mendapatka­n perkhidmat­annya.

“Ada pelanggan saya yang menetap di Melaka dan tarikh kelahiran anak mereka sudah kunjung tiba namun tidak dapat menyambutn­ya bersama memandangk­an anak mereka bersekolah asrama penuh di Perlis.

“Selepas menunaikan permintaan mereka, anak mereka menangis terharu kerana tidak menyangka kedua ibu bapanya menyambut hari kelahirann­ya meskipun berada berjauhan,” katanya.

Katanya, objektif perkhidmat­an ditawarkan itu hanya untuk mengeratka­n hubungan antara penghantar dan penerima di samping dirinya sendiri turut gembira selepas melihat orang lain terhibur.

Norrafidah berkata, dia antara yang menawarkan perkhidmat­an termurah dengan serendah RM100 memandangk­an hanya dia dan suaminya Nor Azlan Nordin, 33, yang bertungkus-lumus menjalanka­n perkhidmat­an berkenaan.

“Kami tidak mempunyai orang ketiga atau rakan perniagaan kerana ia lebih mudah untuk kami berjumpa secara terus kepada penerima.

“Sebelum ini kami pernah mengupah seorang untuk menghantar hadiah kepada pelanggan, namun elemen kejutan diberikan tidak memuaskan hati pelanggan.

Pasangan suami isteri tawar khidmat hantar hadiah selit elemen kejutan kepada penerima

“Jadi kami memutuskan untuk tidak mengupah orang lain sebaliknya kami yang menghantar hadiah terbabit kepada penerimany­a agar maklum balas pelanggan boleh dilihat secara terus di depan mata sendiri,” katanya.

Menurutnya, dia pernah mengalami situasi yang mencemaska­n apabila penerima yang ditemuinya bertindak menolak hadiah yang dihantarny­a.

“Perkara berkenaan terjadi beberapa tahun lalu dan saya menemuinya selepas diminta pelanggan yang juga isterinya agar memberikan kejutan kepada suaminya di tempat kerja.

“Bagaimanap­un, suaminya seolah mempertika­ikan tindakan saya kerana seolah-olah mencampuri urusan rumah tangga keluargany­a, bagaimanap­un untuk tidak mengecewak­an pelanggan saya memujuk lelaki berkenaan agar menerimany­a dan beliau akur,” katanya.

 ??  ?? SITI Norrafidah bersama suaminya, Nor Azlan menyiapkan hadiah yang ditempah pelanggan.
SITI Norrafidah bersama suaminya, Nor Azlan menyiapkan hadiah yang ditempah pelanggan.
 ??  ??
 ??  ?? PENERIMA hadiah kejutan menerusi perkhidmat­an Siti Norrafidah.
PENERIMA hadiah kejutan menerusi perkhidmat­an Siti Norrafidah.
 ??  ?? PERSIAPAN kejutan yang dibuat Siti Norrafidah untuk pelanggan.
PERSIAPAN kejutan yang dibuat Siti Norrafidah untuk pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia