Harian Metro

Peluang sama rata sertai KR1M 2.0

-

Kerajaan memberi peluang kepada orang ramai bagi menyertai program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 menerusi konsep baru yang bakal dilancarka­n.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya tidak akan mengehadka­n peluang itu kepada satu pengendali saja.

Menurut beliau, mana-mana individu yang berkemampu­an untuk meluaskan perniagaan berpeluang membuka kedai runcit dengan melihat potensi pelanggan masing-masing.

“Peluang sama rata diberikan kepada orang ramai untuk menyertai KR1M 2.0 dan tidak terhad kepada koperasi sedia ada yang sudah memiliki sasaran pelanggan masing-masing.

“KPDNKK turut menyediaka­n insentif kepada peserta program KR1M 2.0 dengan memastikan bahan keperluan asas seperti beras, gula dan minyak masak lebih murah berbanding tempat lain.

“Harga murah ini berupaya menjadi tarikan utama rakyat untuk memilih kedai KR1M 2.0.

“Malah pihak kami sudah berbincang dengan beberapa syarikat seperti pengeluar lampin pakai buang agar memberikan harga lebih murah di kedai berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Program

Citarasa Malaysia (PCM) 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia