Harian Metro

9 pelantikan pegawai kastam

-

Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengumumka­n sembilan pelantikan baru membabitka­n pegawai kanan berkuat kuasa 10 Oktober lalu dan 9 November ini.

Dalam kenyataan dikeluarka­n semalam, Cawangan Perhubunga­n Awam memaklumka­n pelantikan itu membabitka­n dua pegawai tertinggi kastam iaitu imbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastama­n/GST) Datuk Paddy Abd Halim.

Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan, Ibu Pejabat Datuk Abdul Latif Abdul Kadir dinaikkan pangkat Penolong Ketua Pengarah Kastam, Bahagian GST.

Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka Datuk Azimah Abd Hamid pula dinaikkan pangkat Penolong Ketua Pengarah Kastam, Bahagian Penguatkua­saan, Ibu Pejabat berkuat kuasa 9 November ini.

Pengarah AKMAL Melaka dipangku Datuk Soria Osman yang kini menjawat jawatan Pengarah Kastam, Bahagian Perkhidmat­an Teknik, Ibu Pejabat.

Bekas Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA)

Mohammad Hamiddan Maryani pula memangku Pengarah Kastam Negeri Johor.

Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Pendakwaan, Penguatkua­saan ABT dan Rayuan, Bahagian Penguatkua­saan, Ibu Pejabat Zazuli Johan memangku Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan Ibu Pejabat.

Abdul Wahabi Abdullah memangku Pengarah Kastam KLIA.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia