Harian Metro

Hukum makan binatang jadi bangkai

-

Apakah yang dimaksudka­n dengan bangkai dalam pengertian syarak?

Semua binatang yang mati tanpa disembelih mengikut hukum syarak dianggap bangkai dan hukumnya najis walaupun binatang yang dimakan dagingnya.

Binatang yang tidak dimakan dagingnya jika disembelih mengikut syarak sekalipun dan mati kerana sembelihan itu, tetap dikira sebagai bangkai juga.

Maka, seluruh anggota badannya, bulunya, kukunya najis. Adapun bangkai binatang yang tidak mengalir darahnya semasa hayatnya seperti ikan dan belalang adalah suci.

Tembikar atau pasu yang diperbuat daripada tanah bercampur najis, adakah dianggap najis?

Bekas diperbuat daripada tanah yang bercampur dengan kotoran tahi yang jelas hukumnya, seperti tempayan, guri (tempayan kecil), pasu, cerek dan seumpamany­a adalah suci setelah dibakar di dalam api dan dikeringka­n.

Tidak menjadi najis apabila makanan yang basah dimasukkan ke dalamnya dan sah pula untuk dibuat jual beli.

Sama juga halnya seperti pinggan dan mangkuk yang digunakan untuk hidangan dan tidak menjadi najis makanan yang dimasukkan ke dalamnya.

Tanah yang bercampur najis dan kotoran juga harus dan boleh untuk dijual beli, harus dijadikan bahan binaan walaupun untuk membina masjid termasuk lantainya dan sah bersolat di atasnya walaupun tanpa berlapik.

Adakah tanda membezakan antara basah faraj yang dianggap suci dan basah yang dianggap bernajis?

Jika kesan basah yang terdapat pada faraj itu hanya disebabkan campuran antara mani dan peluh maka ia bersih.

Sekiranya basah pada faraj itu disebabkan air yang keluar dari dalam faraj, ia najis.

Air membasahi faraj yang dimaksudka­n di sini tidak termasuk air yang keluar sebelum ataupun semasa melahirkan anak (air ketuban).

Apa jua cecair keluar daripada anggota badan walaupun melalui tempat yang tidak wajib dibasuh seperti muntah keluar melalui mulut, hingus keluar melalui hidung dan seumpamany­a) dikira sebagai najis kerana ia

keluar dalam badan.

Saki-baki darah yang masih terdapat pada tulang atau yang keluar melalui urat halus yang terdapat di dalam daging, adakah dikira najis atau tidak?

Darah yang mengalir dikira sebagai najis, tetapi jika sekiranya ia saki-baki darah yang sukar untuk dihilangka­n dan keluarnya pula sedikit sahaja, maka ia dimaafkan.

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il, oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia