Harian Metro

Juara debat Piala Cybersafe

-

Kuala Lumpur: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya muncul juara pertanding­an debat Piala Cybersafe sempena Wacana Keselamata­n ICT Kebangsaan (NICTSed) 2017 selepas menewaskan SMK Aminuddin Baki pada peringkat akhir yang diadakan di ibu negara, semalam. Pasukan diwakili Muhammad Farhan Shahmi Abdullah, Roshini Rudrapriya Raja Segaran, Adriana Eva Afred Tais dan Khalishah Iman Kamarudin membawa pulang piala kejohanan, sijil penghargaa­n dan wang tunai RM10,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia