Jenazah Syzlin dijangka tiba 17 Oktober depan

Harian Metro - - Setempat -

Jenazah Allahyarhamah Syzlin Hataman, 43, dijangka tiba di Malaysia 17 Oktober depan hasil bantuan Biro Kebajikan UMNO yang berusaha membawanya pulang dari Lima, Peru.

Pengerusinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya menyelesaikanmasalah berbangkit dan yakin jenazah akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang tarikh itu. Ia akan terus dibawa ke Masjid Tun Hussein Onn, Larkin, Johor Bahru untuk disembahyangkan.

Beliau berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru.

Menurutnya, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada keluarga Syzlin di Johor Bahru dan wakilnya kini menjalankan urusan terakhir membawa pulang jenazah Syzlin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.