Harian Metro

MAK ‘JUAL’ ANAK 14 TAHUN

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hmetro.com.my

Dua wanita termasuk ibu kandung kepada seorang remaja perempuan yang dilacurkan didakwa di Pejabat Daerah Lawas, di sini, semalam.

Tertuduh berusia 30 iaitu ibu kandung mangsa dan pemilik pusat karaoke Dina Pengiran, 40, didakwa mengikut Seksyen 372(1)(a) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat bersama sengaja melacurkan mangsa yang berusia 14 tahun di sebuah hotel di Lawas pada jam 3 pagi, April lalu.

Pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Keli Mareng namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kedua-dua tertuduh.

Sabit kesalahan kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Willie Liau boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun, sebat dan denda.

Mahkamah kemudianny­a membenarka­n ikat jamin bagi kedua-dua tertuduh

Dua wanita termasuk ibu kandung didakwa sengaja melacurkan remaja perempuan

dengan wang jaminan sebanyak RM8,000 seorang dengan dua penjamin tempatan.

Majistret turut mengarahka­n kedua-dua tertuduh melapor diri setiap minggu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas dan tidak dibenarkan menghubung­i atau mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Prosiding pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa dari IPD Lawas Asisten Superinten­dan Raduan Narawi.

 ??  ?? KEDUA-dua tertuduh dibawa untuk dikenakan pertuduhan.
KEDUA-dua tertuduh dibawa untuk dikenakan pertuduhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia