Harian Metro

Penceramah didakwa hina sultan

-

Seberang Jaya: Penceramah, Wan Ji Wan Hussin ditahan anggota polis dari Bukit Aman di luar pekarangan Masjid Sembilang, di sini, selepas solat Jumaat, ham 2.40 petang semalam.

Wan Ji yang juga Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan aktivis Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan atas dakwaan menghina sultan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye mengesahka­n penahanan itu dan berkata, Wan Ji dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Difahamkan, sebelum penahanann­ya, Wan Ji sempat menyampaik­an khutbah Jumaat di masjid berkenaan.

Baru-baru ini, Jawatankua­sa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya.

Selepas itu, satu lagi laporan polis terhadapny­a dibuat di Kuala Lumpur.

Wan Ji pernah didakwa di mahkamah pada 2014 atas tuduhan menerbitka­n kenyataan berbaur hasutan bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah melalui laman sosial Facebook.

 ??  ?? WAN Ji ditahan polis di luar Masjid Sembilang, Seberang Jaya.
WAN Ji ditahan polis di luar Masjid Sembilang, Seberang Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia