Harian Metro

Pukul tangan kebas RM270,000 ‘LAYAN’ BOS SELAMAT KPI

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Pukul tangan mangsa menggunaka­n kayu sekuat hati sebelum melarikan beg berisi wang RM270,000.

Itu nasib malang dialami seorang kontraktor yang diserang dan disamun di Datum Jelatek, Taman Keramat, dekat sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian jam

1.30 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Teo, 58 tahun, baru saja mengeluark­an wang berkenaan dari sebuah bank di Ulu Klang, di sini.

Rakan mangsa yang juga pengurus tapak projek, Ong Beng Hooi, 42, berkata, kejadian berlaku berhampira­n tapak projek ketika mangsa mahu membayar gaji pekerja.

“Teo pergi ke bank dan mengeluark­an wang RM270,000 untuk membayar gaji pekerja kontrak pembinaan sebuah kondominiu­m di Datuk Jelatek.

Ong berkata, tiga lelaki bersenjata­kan kayu tiba-tiba muncul dan memukul tangan rakannya sebelum melarikan beg berisi wang tunai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang

Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian.

Seorang wanita terpaksa melayan nafsu serakah majikannya selepas diugut Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kerjanya bakal dijatuhkan.

Mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai kerani di sebuah bank di Jalan Lebuh Pasar, di sini, mendakwa dirogol enam kali oleh majikannya.

Menurut sumber, dalam kejadian terbaru bulan lalu, majikan mangsa mengarahka­nnya menghantar fail ke sebuah hotel bajet di Bangsar, di sini.

“Mangsa menghantar fail berkenaan ke hotel bajet yang dinyatakan sebelum majikannya itu mengajak mangsa masuk ke bilik hotel berkenaan.

“Suspek menolak mangsa sebelum merogol wanita terbabit,” katanya.

Sumber berkata, wanita itu mendakwa sudah enam kali dirogol majikannya itu.

“Suspek juga mengugut mangsa supaya tidak memberitah­u

Kerani bank dakwa diperkosa majikan enam kali

sesiapa berhubung kejadian berkenaan.

“Suspek turut mendakwa akan memburukka­n KPI mangsa sekiranya mangsa melaporkan perkara itu kepada polis,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang takut kejadian berulang kembali membuat laporan di Balai Polis Pantai untuk tindakan lanjut.

“Polis masih melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 (2)(D) Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia