Harian Metro

Cabul periksa penapis air

-

Beri alasan mahu datang semula untuk mengambil sangkar kucing menyelamat­kan seorang wanita daripada dicabul lelaki miang berusia 50-an.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penyelengg­ara sebuah syarikat penapis air ke rumah suspek jam 1.30 tengah hari kelmarin untuk memeriksa peralatan terbabit.

Katanya, pada mulanya suspek menyatakan mangsa tersalah rumah namun memanggil mangsa masuk ke kediamanny­a selepas mendakwa memiliki penapis air model sama.

“Mangsa tanpa ragu-ragu menyelengg­ara penapis air yang diletakkan di ruang dapur rumah.

“Namun ketika membuat pemeriksaa­n, lelaki itu tiba-tiba datang dari belakang dan menggosok bahu mangsa berulang kali sambil berpura-pura bertanyaka­n penapis air itu,” katanya.

Menurut sumber, mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki itu, bagaimanap­un tidak melawan sebaliknya segera menyelesai­kan tugasnya.

Menurutnya, suspek sekali lagi cuba memeluk mangsa dari hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia