Harian Metro

Majikan tepuk punggung

-

Seorang wanita berusia 40 tahun nekad membuat laporan polis selepas sering menjadi mangsa cabul ‘bos’ sendiri sejak sebulan lalu.

Dalam kejadian terbaru 1 Oktober lalu, majikannya memegang payudara dan punggung mangsa ketika mangsa berada di pejabat di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa baru selesai melakukan kerja dan ingin pulang ke rumah.

“Namun setiba mangsa di tangga pejabat berkenaan, majikannya memanggil dan memeluk mangsa.

“Mangsa juga dicium selain payudarany­a disentuh. Mangsa yang terkejut menolak majikannya itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa melarikan diri dan pulang ke rumah kerana bimbang diapa-apakan.

“Namun tiga hari kemudian, suspek dipercayai mengulangi sekali lagi perbuatan terkutuk itu di ruang rehat di pejabat mereka berkerja.

“Suspek menepuk punggung mangsa sebelum mangsa melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Damansara, di sini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia