Harian Metro

PENANTIAN BERAKHIR

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Siti Nurhaliza jalani rawatan kesuburan hamil empat bulan

Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza mengesahka­n dia kini hamil empat bulan.

Siti yang ditemui pada majlis doa selamat dan kesyukuran di kediamanny­a di sini malam tadi berkata, dia bersyukur disahkan hamil selepas mengalami keguguran dua tahun lalu.

“Selama empat bulan menyepi banyak berita dan spekulasi yang timbul mengenai diri saya. Namun, saya tetap mengambil keputusan untuk berdiam diri.

“Tidak ada sebab lain melainkan saya ingin menjaga kehamilan peringkat pertama. Apabila disahkan hamil, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada kandungan.

“Lagipun ini penantian saya dan suami selama 11 tahun. Jadi, saya fikir biarlah berehat daripada menyanyi dahulu. Insya-Allah selepas ini saya boleh fokus semula,” katanya.

Siti juga mengakui dia melakukan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

“Selepas beberapa kali menjalani rawatan. Alhamdulil­lah, kali ini Allah berikan saya rezeki ini.

“Ini cahaya mata yang saya impikan selama ini. Selama empat bulan saya berdiam diri dalam bilik,” katanya.

Siti juga mahu semua pihak yang berurusan dengan pihak syarikatny­a faham akan situasi yang dilalui kini.

“Saya berterima kasih kepada semua peminat yang tidak berhenti mendoakan kesejahter­aan dan kesihatann­ya.

“Saya berharap penjelasan ini dapat merungkai segala persoalan. Diharap tidak ada lagi sebarang spekulasi timbul.

“Apa pun, doakan semoga semuanya selamat dan berjalan lancar,” katanya.

 ?? Siti Nurhaliza ?? Lagipun ini penantian saya dan suami selama 11 tahun. Jadi, saya fikir biarlah berehat daripada menyanyi dahulu. Insya Allah selepas ini saya boleh fokus semula”
Siti Nurhaliza Lagipun ini penantian saya dan suami selama 11 tahun. Jadi, saya fikir biarlah berehat daripada menyanyi dahulu. Insya Allah selepas ini saya boleh fokus semula”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia