Harian Metro

GAJET PINTAR DALAM KELAS

-

Najib yakin kaedah interaktif lahir generasi kreatif

jam disertai Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Najib turut mendapatka­n penerangan mengenai penggunaan papan pintar dan melihat sendiri cara tenaga pengajar berinterak­si dengan pelajar di dalam kelas.

Najib mengucapka­n tahniah kepada Kementeria­n Pendidikan kerana berjaya membuat percubaan melaksanak­an konsep PAK-21 dan berharap ia dapat diperluask­an.

Mahdzir berkata, beliau menjangkak­an Perdana Menteri memberikan peruntukan dalam Bajet 2018 yang akan dibentang 27 Oktober ini untuk mengubah suai kelas di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menjadi kelas PAK-21.

“Pada cadangan kementeria­n (peruntukan dalam bajet 2018) mungkin untuk 1,000 sekolah, satu sekolah dua kelas pintar, jadi kami cadangkan 2,000 kelas,” katanya.

 ??  ?? NAJIB dan Mahdzir bersama pelajar dan guru ketika meninjau kelas dengan konsep PAK-21 di SMK Putrajaya 8(1), semalam.
NAJIB dan Mahdzir bersama pelajar dan guru ketika meninjau kelas dengan konsep PAK-21 di SMK Putrajaya 8(1), semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia