Harian Metro

Nafi hantar komunikasi jelik pemimpin wanita

-

Penulis blog terkenal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menghantar komunikasi jelik di laman Facebook (FB) membabitka­n seorang pemimpin politik wanita dengan niat menyakitka­n hati, tahun lalu.

Datuk Zaharin Mohd Yasin, 65, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, dia yang juga ketua cawangan sebuah parti politik didakwa menggunaka­n akaun FB miliknya untuk membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik sifatnya untuk menyakitka­n hati orang lain.

Perbuatan itu dilakukan OKS jam 8.49 malam pada tarikh sama.

Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntu­kkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Zaharin yang diwakili peguam Muhammad Fitri Abdullah Wahid memohon penguranga­n kos ikat jamin RM5,000 yang ditawarkan pendakwaan kerana mempunyai tanggungan seorang balu dan empat anak selain hanya memperoleh pendapatan menerusi komisyen sebagai blogger.

 ??  ?? ZAHARIN di Mahkamah Sesyen Klang, semalam.
ZAHARIN di Mahkamah Sesyen Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia