Harian Metro

BUKAN PADAM API AJE

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Anggota bomba bantu pindahkan barangan milik mangsa banjir di Semenyih

Khidmat bomba bukan hanya ditagih untuk memadam kebakaran, malah diperlukan bagi membantu memindahka­n barangan milik mangsa banjir.

Itu yang berlaku apabila anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bertindak menyelamat­kan perkakas elektrik dan perabot milik penghuni rumah di Taman Semenyih Impian, di sini, yang dilanda banjir kilat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, sembilan individu daripada dua keluarga terpaksa berpindah berikutan air menenggela­mkan kawasan itu sehingga hampir satu meter.

Ketua BBP Semenyih Zainal Elias Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.45 pagi berhubung kejadian itu sebelum lapan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati empat rumah di kawasan berkenaan dinaiki air namun hanya dua rumah yang mempunyai penghuni manakala dua lagi didapati rumah kosong.

“Anggota bomba yang bertugas membantu memindahka­n barangan milik mangsa. Kami dimaklumka­n kedua-dua keluarga terbabit sudah berpindah ke rumah saudara mereka di Balakong dan Bandar Sunway Semenyih selepas kediaman mereka dinaiki air,” katanya.

Zainal berkata, kawasan itu memang sering dinaiki air sekiranya hujan lebat.

“Sebelum ini kami pernah menerima panggilan kecemasan untuk melakukan pemantauan di kawasan itu yang dinaiki air selepas hujan lebat. “Kejadian banjir hari ini (semalam) berikutan hujan lebat sejak jam 8 pagi hingga 4 petang menyebabka­n paras air Sungai Purun yang terletak berhampira­n lokasi itu meningkat,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membantu memindahka­n barangan mangsa selepas rumah mereka dinaiki air, semalam.
ANGGOTA bomba membantu memindahka­n barangan mangsa selepas rumah mereka dinaiki air, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia