Harian Metro

Media Prima diiktiraf Syarikat Terbaik Asia Untuk Bekerja

-

Lumpur: Syarikat media bersepadu, Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) menerima pengiktira­fan Syarikat Terbaik Asia Untuk Bekerja oleh HR Asia, semalam.

Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Sumber Manusia MPB Nor Arzlin Redzwuan berkata, pengiktira­fan itu selari dengan keyakinan Media Prima bahawa pekerja adalah aset terbesar sesebuah syarikat kerana mereka membantu memastikan kejayaan organisasi.

“Penghormat­an ini didedikasi­kan kepada pasukan kepimpinan kami dan semua orang di Media Prima, terutama pasukan

Manusia kami.

“Anugerah ini akan merangsang pasukan Sumber Manusia untuk maju ke hadapan dengan dasar inovatif dan program untuk manfaat semua pekerja di Media Prima,” katanya sejurus menerima anugerah berkenaan.

Sejumlah 320 syarikat daripada pelbagai industri di Malaysia menyertai anugerah tahun ini yang menggunaka­n proses audit yang panjang dan ketat.

Ia antara lain memberi tumpuan kepada pembabitan pekerja, budaya kerja dan peluang pembanguna­n.

Sumber

Proses penghakima­n dilaksanak­an menerusi amalan terbaik dan kerja dalaman oleh panel bebas serta pakar industri, wartawan dan wakil kerajaan.

Selain itu, Penerbit HR Asia Datuk William Ng berkata, ia adalah salah satu kaji selidik yang paling berstruktu­r serta menyeluruh berhubung pembabitan pekerja serta amalan tempat kerja di rantau ini.

Menurutnya, melalui kajian itu, HR Asia sudah mendapati bahawa banyak syarikat tempatan atau antarabang­sa, mempunyai amalan tempat kerja yang setanding di dunia.

 ??  ?? NOR Arzlin (empat dari kiri) mewakili Media Prima menerima Anugerah Syarikat Terbaik Asia Untuk Bekerja, semalam.
NOR Arzlin (empat dari kiri) mewakili Media Prima menerima Anugerah Syarikat Terbaik Asia Untuk Bekerja, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia