Harian Metro

Kemas kini pengendali­an siasatan kes JSJK

-

Kuala lumpur: Kemas kini pengendali­an siasatan kes Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dalam usaha memastikan kes penipuan pelaburan dapat diselesaik­an dalam tempoh lebih cepat.

Itu antara amanat Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mahu langkah itu diambil perhatian serius pihak JSK.

Malah beliau akan berbincang dalam masa terdekat bersama Pengarah JSJK yang baru dilantik Datuk Amar Singh Ishar Singh sebagai langkah pembaharua­n dan penambahba­ikan jabatan itu.

Katanya, kes dikendalik­an JSJK sebelum ini mengambil masa yang lama berikutan membabitka­n jumlah kerugian mencecah jutaan ringgit.

“Saya akan berjumpa dengan Datuk Amar dalam masa terdekat bagi melihat perkara yang perlu diberi perhatian serius terutama daripada segi proses siasatan.

“Ini kerana kita sedar proses siasatan JSJK tidak sama seperti proses siasatan Jabatan Siasatan Jenayah lain,” katanya ketika hadir menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas membabitka­n Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), semalam.

Dalam majlis itu, Mohamad Fuzi menyaksika­n majlis penyerahan tugas antara Pengarah JSJK, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang mengambil alih jawatan Pengarah StaRT daripada Datuk Seri Abd Manan yang bersara semalam.

Malah, Mohamad Fuzi turut menjadi saksi penyerahan dokumen serta penyerahan jawatan Pengarah JSJK daripada Acry kepada Ammar Singh.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi (kanan) mengucapka­n tahniah kepada Amar Singh yang menerima tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang baru.
MOHAMAD Fuzi (kanan) mengucapka­n tahniah kepada Amar Singh yang menerima tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia