Harian Metro

Rancang teroka pasaran Vietnam, Kemboja

-

Kuala Lumpur: PIP Group Sdn Bhd (Prime Internatio­nal Properties), firma perundinga­n hartanah antarabang­sa berpangkal­an di Malaysia berhasrat meneroka pasaran Vietnam dan Kemboja tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Justin Chew berkata, kedua-dua pasaran itu dianggap sebagai pasaran baru dan tidak konvension­al, tetapi menawarkan potensi perniagaan kepada syarikat untuk tempoh jangka panjang.

“Ketika ini, Vietnam dan Kemboja tidak berada dalam radar pelabur hartanah antarabang­sa, namun trend itu akan berubah apabila Terusan Kra di Thailand siap dengan kedua-dua negara dan Thailand menerima manfaat besar daripada pembinaan projek mega itu,” katanya.

Terusan Kra adalah projek yang masih di peringkat cadangan yang menelan kos RM118.78 bilion dan dibiayai melalui Inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (OBOR) oleh China.

Prime Internatio­nal Properties meneroka perniagaan berkaitan rundingan dan pemasaran bagi pemaju hartanah serta turut membawa pelaburan atau trend percutian rumah kepada pelabur antarabang­sa.

Syarikat yang ditubuhkan pada 2011 itu memiliki pejabat operasi dan meneroka pasaran di lapan negara termasuk Malaysia, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, Singapura, United Kingdom dan Taiwan.

Beliau berkata, pada masa ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mewah dilihat melakukan pelaburan hartanah di luar negara terutama di Thailand dan Jepun.

Menurutnya, individu bernilai tinggi tempatan (HNI) kini beralih dari pasaran pelaburan konvension­al biasa seperti Australia, UK dan Singapura ke pasaran tidak konvension­al seperti Thailand dan Jepun.

“Ramai rakyat Malaysia masih berminat untuk melabur di luar negara, namun keadaan semasa seperti nilai ringgit yang lemah menjadikan negara seperti UK, Singapura dan Australia sebagai destinasi pelaburan hartanah yang mencabar.

“Oleh itu, Bangkok kini menjadi destinasi pelaburan popular bagi HNI Malaysia kerana ia dilihat memiliki banyak persamaan harga antara kedua-dua negara,” katanya.

 ?? Justin Chew ?? Kedua-dua pasaran itu dianggap sebagai pasaran baru dan tidak konvension­al, tetapi menawarkan potensi perniagaan kepada syarikat untuk tempoh jangka panjang”
Justin Chew Kedua-dua pasaran itu dianggap sebagai pasaran baru dan tidak konvension­al, tetapi menawarkan potensi perniagaan kepada syarikat untuk tempoh jangka panjang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia