Kadar sewa pejabat di kawasan utama dijangka meningkat

Harian Metro - - Tengah -

Kadar sewa pejabat di kawasan utama Kuala Lumpur dijangka meningkat 2.5 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang, mengatasi Beijing dan Shanghai, menurut laporan

Global Cities: The 2018 Report,

baru-baru ini.

Laporan yang dikumpulkan firma penyelidikan hartanah, Knight Frank itu membabitkan perbandingan pasaran hartanah di 15 kawasan utama bagi penempatan pejabat di rantau Asia Pasifik.

Ia turut mengunjurkan Manila akan muncul sebagai bandar raya yang mencatat pertumbuhan paling kukuh di rantau itu sebanyak 19.1 peratus diikuti Brisbane (16.5 peratus) dan Singapura (15.8 peratus).

Ketua Penyelidikan Knight Frank Bagi Asia Pasifik Nicholas Holt berkata, pertumbuhan pasaran pejabat di kawasan utama Kuala Lumpur disebabkan oleh faktor seperti aliran teknologi, persekitaran tempat tinggal, kaedah pengangkutan serta kesalinghubungan.

“Kuala Lumpur adalah bandar raya dengan persekitaran bercampur, menggabungkan kerja, gaya hidup dan elemen rekreasi yang sememangnya diingini ramai,” katanya pada majlis pelancaran edisi keempat laporan itu, di sini. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.