Harian Metro

MATRADE sasar eksport produk gaya hidup melebihi RM40b

-

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menyasarka­n nilai eksport produk gaya hidup tahun ini melepasi RM40 bilion yang direkodkan tahun lalu.

Pengarah Bahagian Gaya Hidup MATRADE Abu Bakar Yusof berkata, trend pengekspor­tan produk itu sepanjang lapan bulan pertama tahun ini mencatatka­n peningkata­n lima hingga 10 peratus iaitu hampir RM26 bilion dan yakin mampu melepasi pendapatan tahun lalu.

“Produk tekstil, fesyen dan aksesori merupakan produk paling banyak menyumbang kepada industri gaya hidup iaitu kira-kira RM14 bilion daripada keseluruha­n pulangan tahun lalu.

“Pasaran utama bagi produk ini ialah Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan negara Timur Tengah,” katanya selepas pelancaran kerjasama antara syarikat Malaysia, Biji Biji Ethical

Fashion (Biji-biji) dan syarikat Jepun, Nakakoma Orimono di Publika, di sini, semalam.

Ketua Biji-biji Norashaher­a Haleem berkata, kerjasama itu bertujuan mereka pakaian dan beg baru daripada koleksi kimono lama eksklusif dari Nakakoma Orimono.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia