Harian Metro

MILIKI 24 JARI

- Agensi

 Keluarga unik dengan enam jari pada tangan, kaki bangga

kelainan mereka

Sebuah keluarga seramai 14 orang yang semuanya dilahirkan masing-masing dengan enam jari tangan dan kaki, menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka - seorang bayi lelaki dengan kelainan genetik yang sama.

Keluarga De Silva dari Brasilia menganggap anggota tambahan dimiliki setiap seorang daripada mereka itu sebagai kelebihan malah mengakui kelainan itu menjadikan mereka lebih menonjol.

Seorang daripada mereka, Alessandro yang baru menimang cahaya mata gembira bayi lelakinya Vinicius, turut mewarisi genetik keluargany­a.

Alessandro berkata: “Tanda itu tidak dimiliki mana-mana keluarga lain.”

Bayinya hanya mempunyai peluang 50 peratus untuk mewarisi genetik berkenaan memandangk­an dia dan anak lelaki sulungnya, Guilherme mempunyai enam jari manakala isterinya, Katia, normal.

“Kami mendapat tahu jantina Vinicius ketika kandungan mencapai usia 13 minggu dan sejak itu berharap dia turut mewarisi genetik bapanya,” kata Katia.

Alessandro berkata, sejak bayinya dilahirkan, mereka melihat jarinya berfungsi dengan sempurna dan sudah pandai cuba mengambil sesuatu.

“Semua jarinya berfungsi dengan normal,” katanya.

Sindrom genetik yang menyebabka­n seseorang dilahirkan dengan jari kaki dan tangan tambahan itu digelar sebagai polidaktil­i yang cuma terjadi dalam satu daripada 1,000 kelahiran.

Saintis Genetik, Dr Laura Lettice menjelaska­n: “Ada pelbagai mutasi yang mengakibat­kan keadaan itu, tetapi dalam kes ini, wujud ketidakpas­tian genetik yang biasanya menghasilk­an corak anggota tambahan.

“Jika ibu atau bapa mempunyai jari tambahan, anaknya juga ada separuh peluang untuk mendapat genetik sama.”

Keluarga Del Silva yang dikenali di bandar itu sebagai ‘Keluarga Enam’ percaya kelainan mereka aset dan bukan penghalang untuk mereka meneruskan cita-cita yang diimpikan termasuk menjadi pemuzik atau penjaga gol.

Alessandro berkata, datuknya Assis mengubah kecacatan keluargany­a menjadi sesuatu yang boleh dibanggaka­n.

“Dia amat memandang positif kelainan kami malah menulis buku mengenai pengalaman­nya, yang memaparkan gambar tangannya sebagai kulit buku.

“Dia menjadikan kecacatan kami sebagai jenama keluarga,” katanya.

 ??  ?? ALESSANDRO (kiri) dan keluargany­a menunjukka­n jari tangan mereka yang unik. - Agensi
ALESSANDRO (kiri) dan keluargany­a menunjukka­n jari tangan mereka yang unik. - Agensi
 ??  ?? VINICIUS juga dilahirkan dengan enam jari masing-masing pada tangan serta kakinya. - Agensi
VINICIUS juga dilahirkan dengan enam jari masing-masing pada tangan serta kakinya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia