Harian Metro

Kaki tumbuh di belakang

-

Beijing: Satu rakaman video menunjukka­n seekor lembu dengan kaki kelima tumbuh di belakangny­a ditemui di Zhanjiang, China.

Dalam video yang diambil pada 24 September lalu, jurukamera dilihat memegang anggota badan tambahan haiwan itu bagi membuktika­n ia benar-benar melekat sepenuhnya pada belakang lembu berkenaan.

Lembu itu kini dilaporkan menjadi tarikan pelancong selepas orang ramai berpusu-pusu ke bandar itu untuk melihat keanehanny­a.

Haiwan itu dipercayai mengalami sejenis keadaan dikenali sebagai polimelia iaitu keadaan yang jarang berlaku yang melihat anggota badan tambahan terbentuk.

Menurut National Geographic, keadaan itu sangat luar biasa dan dianggarka­n kurang daripada empat dalam setiap 100,000 anak ternakan baru lahir mengalamin­ya.

Namun, ia bukan yang pertama dilahirkan demikian rupa. Pada April lalu, seekor anak lembu di Qinlong County, menjadi tajuk utama kerana turut dilahirkan dengan kaki tambahan.

Malah dalam kejadian itu, anak lembu berkenaan ‘membawa’ anggota badan kembarnya yang tidak terbentuk sepenuhnya di belakangny­a.

Kecacatan itu disebabkan pemisahan telur yang tidak sempurna dan kebarangka­lian untuk ia berlaku hanya kurang daripada tiga peratus, menurut People’s Daily. Agensi

 ??  ?? ANAK lembu dilahirkan dengan kaki pada belakangny­a. Gambar kecil, jurukamera memegang kaki itu untuk memastikan benar-benar melekat. - Agensi
ANAK lembu dilahirkan dengan kaki pada belakangny­a. Gambar kecil, jurukamera memegang kaki itu untuk memastikan benar-benar melekat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia