Harian Metro

‘Kantoi’ curi bagasi penumpang

-

Phuket: Sedutan video menunjukka­n seorang pengendali bagasi mencuri barangan dari beg penumpang, dirakam kamera keselamata­n lapangan terbang dalam operasi untuk memerangka­p pencuri di premis itu.

Lelaki berusia 27 tahun yang bekerja untuk syarikat penerbanga­n Jetstar Asia itu sepatutnya memasukkan bagasi berkenaan ke dalam pesawat yang akan berlepas ke Singapura dari Lapangan Terbang Phuket, lapor Seven News.

Namun, sebaliknya dia dilihat membuka bagasi dan menyelongk­ar barangan penumpang tanpa menyedari setiap tindakanny­a dirakam.

Lelaki terbabit dilaporkan mencuri pembesar suara bluetooth milik penumpang dan dipaksa memulangka­nnya selepas video itu diambil.

Video itu dirakam sebagai sebahagian daripada operasi khas diaturkan pasukan keselamata­n lapangan terbang itu Isnin lalu dan dipasang di dalam kabin yang membawa bagasi.

Rakaman itu yang kemudianny­a dimuat naik ke media sosial mendapat pelbagai reaksi darpada pengguna.

Ramai yang mengatakan mereka tidak terkejut dengan kejadian itu dan berkata, orang ramai perlu mengambil langkar berjaga-jaga dengan mengunci bagasi mereka menggunaka­n mangga.

Seorang pengguna Facebook menulis: “Jika mahu pergi ke negara Asia tetapi tidak tahu bagasi perlu dikunci rapi, memang sepatutnya anda tidak pergi ke sana.” - Daily Mail

 ??  ?? RAKAMAN kamera keselamata­n menunjukka­n pekerja berkenaan memandang sekeliling­nya sebelum menggeleda­h beg penumpang, tanpa menyedari perbuatann­ya dirakam. - Daily Mail
RAKAMAN kamera keselamata­n menunjukka­n pekerja berkenaan memandang sekeliling­nya sebelum menggeleda­h beg penumpang, tanpa menyedari perbuatann­ya dirakam. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia