Harian Metro

AS, Israel keluar dari UNESCO TEMBUNG DI UDARA

- Agensi

Paris: Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya Israel mengumumka­n keluar dari badan kebudayaan dan pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana dituduh berat sebelah terhadap Tel Aviv.

Keputusan AS di Washington itu penutup selepas bertahun-tahun menyimpan rasa tidak puas hati terhadap organisasi berkenaan.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert berkata: “Tidak mudah mencapai keputusan ini, tetapi ia mengetenga­hkan kebimbanga­n AS terhadap tunggakan yang meningkat di UNESCO, perlunya pembaharua­n dalam organisasi itu serta sentimen anti-Israel yang berterusan di badan berkenaan.”

Ini bukan kali pertama AS meninggalk­an organisasi dengan 195 anggota itu, apabila melakukan perkara sama di bawah pentadbira­n Ronald Reagan kerana mendakwa berlaku salah urus kewangan dan pelaksanaa­n polisi anti-AS.

AS kembali menyertai UNESCO pada 2002, tetapi pada 2011 Presiden Barack Obama menghentik­an bayaran kepada badan itu selepas anggotanya mengundi menerima Palestin sebagai anggota.

Washington menolak sebarang tindakan oleh badan PBB untuk mengiktira­f wilayah Palestin sebagai sebuah negeri kerana berpendiri­an bahawa ia perlu ditentukan dulu melalui rundingan damai di Asia Barat.

Duta PBB ke New York Francois Delattre berkata: “UNESCO memperjuan­gkan nilai murni dan impian melalui pembanguna­n kebudayaan, pendidikan serta sains. Kami memerlukan AS terus komited terhadap isu dunia.” Bagaimanap­un, Heather berkata, kos untuk AS terus menyertai UNESCO tinggi termasuk tunggakan bayaran kira-kira AS$550 juta (RM2.3 bilion) selain menyatakan undang-undang negara itu yang melarang kerajaan membayar yuran keanggotan kepada mana-mana organisasi yang menyokong pengwujuda­n Palestin.

Dalam satu kenyataan, Israel memuji ‘pendirian bermoral’ pentadbira­n Trump dan menuduh badan PBB itu ‘semakin merepek’ selepas beberapa resolusi yang mengecam negara Yahudi berkenaan termasuk mengenal pasti Tel Aviv sebagai ‘kuasa penjajah’ di Baitulmaqd­is. - AFP

Tiga orang termasuk seorang wanita yang menyambut hari jadinya maut semalam selepas bertembung di udara ketika terjun udara, dengan mayat seorang mangsa ditemui di halaman sebuah rumah.

Dua lelaki berusia 30-an dan wanita berumur 50 tahun itu ditemui mati di Mission Beach, berhampira­n bandar pelancong popular Cairns, petang semalam (waktu tempatan).

Wanita terbabit dikenal pasti sebagai Kerri Pike yang menyertai terjunan itu sebagai hadiah ulang tahun oleh suami serta anak-anaknya.

“Siasatan awal kami menunjukka­n seorang penerjun udara bertembung dua yang terjun bersama, manakala payung masing-masing gagal berfungsi,” kata polis dalam satu kenyataan.

Australian Broadcasti­ng Corporatio­n memetik pegawai ambulans berkata, seorang mangsa jatuh ke dalam laman belakang di sebuah rumah.

Dua lagi mangsa dilaporkan ditemui terperangk­ap di atas pokok. Tiga mangsa jatuh 1.5 kilometer dari kawasan mendarat ditetapkan.

Pegawai Perkhidmat­an Ambulans Queensland, Neil Noble dipetik berkata: “Kami menerima laporan seorang penerjun udara ditemui mati di laman belakang sebuah rumah di Mission Beach.

“Kami kemudian menerima satu lagi laporan mengenai dua penerjun udara yang ditemui berhampira­n.”

Seorang saksi yang tidak dinamakan memberitah­u akhbar Cairns Post penduduk bandar itu sedih dan terkejut dengan kejadian itu.

“Saya tidak melihat sesiapa berhampira­n mereka, malah kejadian itu juga tidak jelas mungkin kerana mereka ketika itu berada pada altitud tinggi.

“Namun kami dapat melihat satu payung terjun tersangkut dan tidak terbuka. Saya melihat seorang daripadany­a jatuh menjunam sehingga hilang di sebalik pokok yang tinggi.”

Skydive Australia berkata, operasi di Mission Beach dihentikan sementara bagi memudahkan siasatan.

 Tiga penerjun mati apabila payung

gagal berfungsi selepas berlanggar

 ??  ?? POLIS memeriksa tempat kejadian. Gambar kecil,
Kerri. - Daily Mail
POLIS memeriksa tempat kejadian. Gambar kecil, Kerri. - Daily Mail
 ??  ?? POLIS menyoal saksi. - Daily Mail
POLIS menyoal saksi. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia