Harian Metro

31 maut kebakaran hutan di California

-

California (Amerika Syarikat): Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di California meningkat kepada 31 orang dengan pasukan mencari dan menyelamat menggunaka­n anjing untuk mengesan mayat dalam bencana dianggap yang paling buruk seumpamany­a di negeri itu.

Kebakaran yang bermula Ahad lalu itu melanda kawasan pengeluar wain California dan menyebabka­n ribuan orang hilang tempat tinggal manakala 190,000 ekar tanah musnah.

Angin kencang pada lewat Khamis turut menyukarka­n usaha 8,000 bomba yang dikerahkan memadam 20 kebakaran dengan keadaan cuaca diramalkan semakin buruk.

Ketua Bomba California Ken Pimlott berkata: “Ini bererti kebakaran akan berterusan tanpa sebarang perubahan positif atau sebaliknya.

“Cuma yang pasti, buat masa ini ia tidak akan selesai.”

Syerif Daerah Sonoma Rob Giordano - kawasan paling teruk terbakar - tidak menolak kemungkina­n jumlah kematian meningkat selain berkata, proses mencari dan mengenal pasti mayat akan mengambil masa.

“Ada mayat yang masih sempurna, tetapi ada juga yang rentung atau sekadar tinggal abu,” katanya. - AFP

 ??  ?? SEORANG lelaki berdiri di atas bumbung rumahnya dan melihat kemusnahan akibat kebakaran hutan di Santa Rosa, California. - Reuters
SEORANG lelaki berdiri di atas bumbung rumahnya dan melihat kemusnahan akibat kebakaran hutan di Santa Rosa, California. - Reuters
 ??  ?? BOMBA berusaha mengawal api di Calistoga, California. - Reuters
BOMBA berusaha mengawal api di Calistoga, California. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia