Harian Metro

KAGUM KEJAYAAN MALAYSIA

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

 Jurulatih Korea Selatan puji kehebatan anak buah Van Huizen,

mahu cari formula terbaik menentang skuad negara

Jurulatih skuad hoki Korea Selatan, Shin Kyo Seok kagum dengan kejayaan Malaysia membelasah China 7-1 dan berkata dia perlu mencari formula bagi menghentik­an mereka apabila bertemu dalam saingan Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, hari ini.

Malaysia menewaskan Korea Selatan 1-0 dalam saingan Liga Hoki Dunia di London dan akan membuat perhitunga­n dengan juara bertahan Piala Asia itu bagi menempah tempat ke pusingan seterusnya.

Jika gagal, Malaysia tidak mempunyai pilihan selain

(gambar)

menewaskan Oman dan mara daripada Kumpulan B ke saingan liga sepusingan.

“Pasukan Malaysia bermain dengan matang, tenang dan selesa dengan bola. Saya menyenarai­kan beberapa pemain baru dalam skuad ini selepas London dan perlu menunjukka­n mereka video ketika kami tewas 0-1 bagi membolehka­n mereka bersedia.

“Ia tidak akan mudah kerana Malaysia turut kuat menerusi pukulan sudut penalti tetapi menjaringk­an enam gol menerusi jaringan padang ketika menentang China.

“Saingan liga baru saja tamat dan kami hanya mempunyai tempoh 10 hari menjalani latihan pusat sebelum berlepas ke Dhaka.

“Saya dapat lihat pemain agak berat untuk berlari ketika menentang Oman dan bermula perlahan tetapi berjaya mendapat momentum untuk mencatat kemenangan 7-2. Kami mahu berikan aksi terbaik menentang Malaysia dan layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

Korea Selatan kini dalam keadaan terdesak kerana saingan Piala Asia adalah satu-satunya peluang mereka untuk layak ke Piala Dunia dan mereka perlu menjadi juara untuk mencapai matlamat itu.

Sementara itu, jurulatih Malaysia, Stephen Van Huizen dan barisan pemainnya dilihat mempunyai kelebihan untuk mengatasi juara Piala Asia berkenaan tetapi enggan terlalu berasa yakin

“Mengharapk­an keputusan lalu tidak akan membolehka­n kami memenangi perlawanan sekarang. Namun, kami tahu apa yang kami perlu lakukan.

“Corak permainan kami hampir sama tetapi saya menjangkak­an Korea akan tampil lebih kuat berbanding ketika menentang Oman,” katanya.

 ??  ?? SKUAD hoki meraikan gol ketika bertemu China.
SKUAD hoki meraikan gol ketika bertemu China.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia