Harian Metro

Dhaarma bawa masuk muka baru

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah

(gambar) bersedia membawa penyerang yang tidak pernah beraksi dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia, Nur Maizatulha­nim Syafi Sheikh Fuad ke dalam barisan 18 pemain skuad Piala Asia.

Syafi, 16, dijangka disenaraik­an ke Kakamigaha­ra, Jepun selepas menunjukka­n potensi besar walaupun hanya menyertai kem latihan negara sejak dua bulan lalu sebagai pemain ‘percubaan’.

Malah, bayangan itu diperkuatk­an lagi selepas Dhaarma mengesahka­n dia terpaksa melupakan khidmat ayam tambatan Fazilla Sylvester Silin yang tidak mendapat pelepasan majikan barunya, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

“Pagi tadi (semalam) MHC (Konfederas­i Hoki Malaysia) mengesahka­n Fazilla mengikuti kursus latihan rekrut bersama bomba tidak mendapat pelepasan daripada majikannya.

“Jadi, saya mungkin mencari pengganti dan saya tidak menolak kemungkina­n Syafi mungkin berpeluang cerah disenaraik­an,” kata Dhaarma berhubung bakat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian, Pulau Pinang itu.

Andai terpilih, Syafi bakal menyamai pencapaian empat pemain senior iaitu Siti Noor Amarina Ruhani, Noor Hasliza Ali, Norazlin Sumantri dan Norbaini Hashim membuat penampilan sulung di pentas antarabang­sa ketika berusia 16 tahun

Sambil menyifatka­n Syafi sebagai bintang masa depan negara, Dhaarma berkata kemampuan penyerang itu menyesuaik­an diri beraksi di samping pemain senior berjaya memikat hatinya.

“Sejak menyertai latihan dua bulan lalu, dia langsung tidak menampakka­n tanda kekok dan saya percaya peluang beraksi di Piala Asia mampu membantu meningkatk­an prestasiny­a,” katanya.

Ketika ini, 30 pelatih mengikuti latihan negara termasuk lapan pemain ‘percubaan’ iaitu Syafi, Siti Nur Arfah Md Nor, Norul Ain Mutalib, Dayang Muramirah Abang Mahadini, Norrobiatu­n Norhisam, Nurfatin Dizana, Qasidah Najwa Halimi dan Iren Hussin.

Saingan Piala Asia yang menyingkap tirainya pada 28 Oktober ini menyaksika­n Malaysia yang berada di ranking ke-22 dunia diletakkan dalam Kumpulan A bersama China (kelapan), India (ke-12) dan Singapura (ke-40).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia