Harian Metro

Syarul sertai kejohanan di China

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Jaguh bina badan negara Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah terpaksa melupakan hasrat untuk menamatkan program diet dirinya sejak Jun lalu apabila dijadual menyertai kejohanan antarabang­sa di China pada minggu depan.

Jelasnya, dia menerima jemputan menyertai Kejohanan Jemputan Hangzhou selepas meraih gelaran Mr Universe di Mongolia minggu lalu.

“Jadi saya bersetuju menyertain­ya dengan hasrat untuk mengibarka­n bendera Malaysia di pentas antarabang­sa. Sepatutnya kejohanan di Mongolia adalah yang terakhir bagi saya.

“Secara tidak langsung, saya perlu meneruskan program diet yang bermula sejak Jun lalu. Jadi saya perlu menjaga pemakanan terutamany­a tidak boleh menjamah makanan kegemaran, nasi lemak sambal kerang.

“Ia tidak menjadi masalah kerana tahun lalu saya memulakan program diet bermula Mei hingga Disember bagi meraih gelaran Mr Universe buat kali pertama selain gelaran kedua Mr Asia,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia