Harian Metro

TAMBAH KOLEKSI

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nst.com.my Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Fadhil, Khairil cipta sensasi,

tambah dua pingat emas

Dua pelumba basikal negara, Mohd Fadhil Zonis dan Khairil Nizam Rasol mencipta sensasi pada hari terakhir apabila menambah dua lagi koleksi pingat emas pada saingan Piala Asia di New Delhi, India semalam.

Fadhil yang merangkul pingat emas acara 1 kilometer ujian masa individu kelmarin, memenangi final keirin lelaki untuk menewaskan pelumba tuan rumah, Ranjit Singh yang sekadar berpuas hati dengan perak.

Khairil pula melengkapk­an hari ceria kem negara dengan meraih emas dalam acara pecut yang berlangsun­g di Veledrom Indira Gandhi.

(gambar)

Jurulatih negara, Junaidi Nasir mengakui gembira dengan persembaha­n anak buahnya itu.

“Kami mahu mengumpul mata ranking sebanyak mungkin di sini kerana kami cuba untuk layak ke siri Piala Dunia UCI yang akan bermula bulan depan,” kata Junaidi.

“Khairil dan Fadhil kedua-duanya melakukan apa yang mereka harapkan. Ia menjadi perancanga­n yang baik untuk kami di sini,” katanya.

Kedua-dua pelumba itu berada di bawah program Yayasan Sime Darby dan dihantar bertanding di Delhi.

Malaysia menduduki tempat ketiga keseluruha­n dengan menggondol tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

Saingan Piala Dunia pula akan bermula dari 3 hingga 5 November di Pruszkow, Poland. sudah berbeza,” kata Ameer yang bakal membuat kemunculan sulung tahun ini di Cabaran Antarabang­sa Indonesia dari 24 hingga 29 Oktober ini selepas berehat hampir setahun akibat kecederaan ACL (anterior cruciate ligament).

Selain Ameer, BAM memiliki 15 pemain pelapis beregu lelaki yang dijangka dibimbing oleh Vountus.

Mereka ialah Amir Syazwan Al Razi Shahriman Bakhtiar, Nur Izzuddin Rumsani, Goh Sze Fei, Syazmil Idham Zainal Abidin, Wong Wai Jun, Tan Wee Gieen, Shia Chun Kang, Tan Jinn Hwa, Low Hang Yee, Soh Wooi Yik, Ian Wong, Tan Chee Tean, Man Wei Chong, Kwek Yee Jian serta Ng Jia Jun. Kuala Lumpur: Pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Muhammad Zawawi Azman

mahu terus konsisten apabila tampil beraksi di Tour de Selangor 2017, bermula Selasa ini.

Pelumba berusia 23 tahun itu mencuri tumpuan apabila menyarung jersi merah untuk muncul pelumba terbaik Malaysia di Jelajah Malaysia (JM2017) yang berakhir minggu lalu.

Malah dia antara yang membantu TSC muncul pasukan terbaik di kalangan 18 pasukan bersaing selain rakan sepasukann­ya, Wilmar Jahir Perez Munoz muncul Raja Bukit selepas

(gambar)

 ??  ?? VOUNTUS (kiri) ketika berganding­an dengan Mohd Arif Abd Latif.
VOUNTUS (kiri) ketika berganding­an dengan Mohd Arif Abd Latif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia