Harian Metro

Hafizh terpantas sesi latihan

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nst.com.my

Kuala Lumpur: Pakar cuaca basah, Hafizh Syahrin Abdullah jelas berada pada kelas tersendiri dalam perlumbaan litar basah di Grand Prix Motosikal Jepun, apabila melakar masa sepusingan paling pantas dalam sesi latihan pembukaan semalam.

Pelumba Petronas Raceline itu menamatkan sesi latihan pertama (FP1) di litar Twin Ring Motegi di tempat ketiga secara keseluruha­n selepas mencatatka­n dua minit dan juga menunjukka­n prestasi sama pada FP2.

Hafizh yang kini berada di tangga ke-11 dengan mengumpul 66 mata, berkata beliau gembira dengan prestasiny­a memandangk­an keadaan yang mencabar.

"Keadaan trek sangat rumit kerana hujan sejak awal pagi hari ini dengan permukaan litar basah namun masih ada cengkaman yang bagus," kata Hafizh.

"Hujan berterusan pada waktu petang yang menambahka­n lagi kesukaran buar pelumba. Keadaan yang berbahaya menjadikan­nya sukar untuk semua orang menambah kelajuan, tetapi saya mengekalka­n kelajuan seperti biasa. Begitupun, saya tetap berhati-hati supaya tidak terjatuh.

"Memandangk­an keadaan, kami sangat gembira dengan keenam (FP2). Sepeda itu terasa hebat di landasan yang betul, jadi sekarang kita hanya

perlu meneruskan dan tetap fokus pada matlamat kita.

"Keputusan ini cukup baik buat kami. Apa yang harus dilakukan selepas ini, saya cuma perlu kekalkan momentum untuk mencapai misi pasukan berada di petak hadapan," katanya.

Bagaimanap­un, kecemerlan­gan Hafizh itu gagal diteruskan seorang lagi pelumba negara dari pasukan Idemitsu Honda Team Asia, Khairul Idham Pawi apabila sekadar menamatkan saingan di posisi ke-31 pada FP1 (2:09.836s) dan kedudukan ke-24 ( 2:08.107s) pada FP2.

Dalam Moto3, Adam Norrodin turut mempamerka­n belang tersendiri apabila menamatkan perlumbaan pada FP1 di tangga ketujuh (2: 11.105s) sebelum mengakhiri sesi kedua di tempat ke-26 (2: 14.298s).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia