Harian Metro

Skuad negara ke final

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia mengesahka­n tempat ke final berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Dunia selepas menewaskam Korea Selatan 3-0 dalam aksi separuh akhir di Yogyakarta, Indonesia, semalam.

Skuad remaja negara akan berdepan juara 11 kali yang juga juara bertahan, China di pentas final, hari ini.

China menepati ramalan mara ke final selepas mengetepik­an cabaran Jepun 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Ketua jurulatih skuad remaja negara, Kwan Yoke Meng mengakui atas kertas kelebihan memihak kepada China tetapi percaya anak buahnya akan memberikan aksi terbaik bagi mencatat kemenangan.

“Sudah mesti China pasukan yang kuat tetapi kita akan beri tentangan. Yang penting kita perlu menang dalam dua acara perseorang­an dan mencuri satu mata daripada acara beregu.

“Jadi, siapa yang sepatutnya diletakkan harapan untuk menang, kita perlu menang. Kalau tidak, memang sukar untuk kita menjadi juara. Pemain perlu tunjukkan prestasi terbaik mereka,” kata Yoke Meng ketika dihubungi di Yogyakarta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia