Harian Metro

FOTOGRAFI BERI KEPUASAN

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.cm.my

 Jaguh judo Malaysia lepas tekanan di gelanggang dengan merakam gambar alam sekitar

Kehebatan atlet judo negara Chong Wei Fu menghempas lawannya di atas gelanggang nyata tidak boleh dipertikai lagi apabila muncul atlet judo pertama negara meraih pingat perak di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Lagak dan gayanya di atas gelanggang membuktika­n kecintaann­ya terhadap seni mempertaha­nkan diri berasal dari Jepun lewat kurun ke-18 itu yang kurang popular di negara ini.

Namun di sebalik cintanya terhadap Judo, Wei Fu juga begitu meminati seni fotografi.

Jadi jangan terkejut dengan hasil petikan dari kameranya itu yang seolah-olah seperti jurugambar profesiona­l!

Menceritak­an bagaimana timbulnya minat untuk memotret gambar, atlet berasal dari Kluang, Johor itu berkata, ia bermula sebelum dia memasuki alam universiti lagi.

“Ketika itu saya hanya mempunyai kamera biasa saja dan apabila masuk ke UPM (Universiti Putra Malaysia), saya mula belajar mengenai kamera dengan lebih mendalam selepas mengambil jurusan Komunikasi Massa.

“Saya mula membeli kamera DSLR yang lebih baik dan daripada situ minat untuk mengambil gambar semakin mendalam. Bila ada duit lebih sikit, saya membeli kamera terpakai jenama Nikon berharga RM1,800 yang digunakan sehingga sekarang,” katanya.

Jelas Wei Fu, antara subjek yang paling digemari untuk mengambil gambar adalah alam sekitar.

“Saya sukakan suasana semulajadi dan atas sebab itu saya lebih gemar mengambil gambar berkenaan pokok-pokok atau apa saja yang berkaitan dengan alam sekitar.

“Bila dapat ambil gambar dengan cantik, itulah kepuasan sebenar yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata,” katanya.

Jelas Wei Fu, kerana minat yang mendalam itu, dia pernah bercuti sendirian ke Taiwan selama seminggu dengan membawa kamera DSLR miliknya untuk mengambil apa saja gambar yang menarik di negara itu.

“Ia berlaku secara spontan tanpa sebarang perancanga­n. Saya tangkap apa saja subjek yang saya sukakan ketika itu dan ia secara langsung menjadikan percutian itu lebih menarik,” katanya.

Bagi Wei Fu, dengan mengambil gambar, dia dapat melupakan seketika segala tekanan yang dialami sebagai seorang atlet.

“Tak dinafikan setiap atlet akan berdepan tekanan. Untuk saya, dengan cara inilah dapat meredakan tekanan yang dialami.

“Lagi pun ia memang satu aktiviti yang sangat menyeronok­kan kerana kita melakukan perkara yang kita suka. Kalau gambar tak menarik buang saja, kalau menarik, simpan,” katanya.

Atlet berusia 23 tahun itu bagaimana- pun berkata, dia tidaklah terlalu serius untuk menjadi seorang jurugambar profesiona­l.

“Kalau serius mungkin sudah lama saya beli kamera yang lebih mahal. Bagi saya cukup sekadar minat saja,” katanya.

 ??  ?? AKSI Wei Fu berdepan lawan di gelanggang.
AKSI Wei Fu berdepan lawan di gelanggang.
 ??  ?? FOTO hitam putih diambil Wei Fu.
FOTO hitam putih diambil Wei Fu.
 ??  ?? ANTARA foto sentuhan kreatif Wei Fu.
ANTARA foto sentuhan kreatif Wei Fu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia