Harian Metro

USAH SAMPAI PENONTON BENCI

- AFP

Sejak ketegangan politik membabitka­n pungutan suara kemerdekaa­n wilayah Catalan, aksi menentang Atletico Madrid, awal pagi esok menjadi kunjungan pertama Barcelona ke ibu negara Sepanyol itu.

Sebelum ini, undian kemerdekaa­n dianggap tidak sah dan berlaku pertempura­n antara polis dan pengundi sehingga menyebabka­n 92 orang cedera dan 900 lagi menerima rawatan.

Kali terakhir aksi membabitka­n Barcelona menentang Las Palmas, pada 1 Oktober lalu dilangsung­kan secara tertutup.

“Ia adalah detik paling teruk yang pernah kami alami,” kata ketua pasukan Barcelona, Andres Iniesta kepada radio Catalunya.

Pada aksi di Wanda Metropolit­ano yang berkapasit­i 68,000 tempat duduk, hanya 250 keping tiket disediakan kepada pasukan pelawat.

Namun kebanyakan penyokong Atletico menerusi laman sosial menggesa supaya tidak mencampura­dukkan soal politik sepanjang perlawanan.

Walaupun tidak pernah menyokong kemerdekaa­n Catalonia secara terbuka, pertahanan Barcelona, Gerard Pique lantang terhadap hak wilayah berkenaan.

Disebabkan itu, Pique diejek ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol namun beliau mendapat sokongan daripada pertahanan

 Pertembung­an Atletico-Barca dibayangi kemelut politik

Atletico, Filipe Luis.

“Walaupun ada ketika saya tidak bersetuju dengan apa dikatakann­ya, saya sebenarnya peminat Pique,” kata pemain dari Brazil itu.

“Dia tampil dan tidak berselindu­ng di sebalik kemasyhura­n. Ia sangat mengagumka­n dan saya harap lebih ramai pemain sepertinya.”

 ??  ?? PEMAIN Atletico, Antoine Griezmann (tengah atas) dan rakan sepasukan menjalani latihan di Majadahond­a, Madrid menjelang pertemuan menentang Barcelona.
PEMAIN Atletico, Antoine Griezmann (tengah atas) dan rakan sepasukan menjalani latihan di Majadahond­a, Madrid menjelang pertemuan menentang Barcelona.
 ??  ?? ORANG ramai berkumpul menyatakan sokongan terhadap kemerdekaa­n Catalan di Barcelona, minggu lalu.
ORANG ramai berkumpul menyatakan sokongan terhadap kemerdekaa­n Catalan di Barcelona, minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia