Harian Metro

Corak latihan tak macam profesor

-

yang paling mengecewak­an adalah kitaran semula alasan yang sudah biasa kedengaran daripada jurulatih. Baik dari jurulatih bertaraf sederhana sehinggala­h jurulatih yang digelar profesor. Sekiranya digelar profesor, berilah alasan yang kreatif dan bertaraf seorang yang berpelajar­an tinggi.

Kalau dikatakan kita tidak mempunyai penyerang tempatan kerana mengutamak­an pemain asing maka ia menunjukka­n profesor mungkin silap negara apabila bersetuju mangambil jawatan ketua jurulatih. Atau gelaran itu hanya sekadar untuk membesarka­n diri sahaja.

Jika dikatakan kecederaan melanda pemain sebelum perlawanan maka beliau perlu menyemak kembali corak latihan yang menyebabka­n pemain tidak dapat beraksi atau mungkin kerana merasai kehangatan tekanan maka pemain pula menjalani latihan melampau (overtrain) oleh pihak kejurulati­han bimbingan profesor?

Sekiranya dikatakan pasukan kita akan beraksi lebih baik jika dapat memilih lebih ramai pemain muda, mengapa memilih Kiko Insa, 29? Adakah ini polisi pembanguna­n bola sepak kita yang baru apabila memilih pemain paling sederhana dan berusia lewat 20-an yang diharapkan membuahkan hasil dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi.

Apa pula pandangan beliau apabila anak tempatan Syamer Kutty Abba, 20, yang menunjukka­n aksi kemas, berimagina­si dan matang berbanding Insa?

Mungkin Vingada

ingin mengikut jejak pasukan Hong Kong dan memilih pemain seperti Dani Cancela yang berusia 36 tahun, Fernando Recio, 34, Helio, 31, dan Roberto, 34.

Saya yakin penyokong bolasepak serta rakyat Malaysia akan membanjiri stadium menyokong pemain naturalisa­si seperti di atas.

Selepas lima perlawanan, kita seri satu dan tewas empat kali kerana ada profesor memerlukan lebih masa. Teramat susah untuk menerima keputusan seperti ini kerana kita bukan dilatih sebarang orang. Seorang yang bergelar profesor yang menjadi jurulatih pasukan kebangsaan kita.

Oleh kerana kita dilatih seorang yang bergelar profesor jugalah maka pemain kita sudah mula lupa undang-undang permainan seperti Rizal Ghazali. Kesannya juga dapat dilihat apabila dua pemain paling berpengala­man iaitu Safiq Rahim dan Aidil Zafuan dilayangka­n kad merah.

Mungkin beliau boleh berkongsi bersama pembaca, kata-kata semangat yang dikongsi bersama pemain sebelum turun padang hinggakan pemain kita gagal mengawal emosi.

Soalan yang paling mengeliruk­an pula adalah, mengapakah pemain kita tidak dapat beraksi tahap seperti mana dipamerkan ketika mewakili pasukan negeri dan kelab masing masing?

Jika dilihat CV profesor ini maka kita akan dapat lihat bahawa beliau tidak pernah kekal lama di sesuatu jawatan, apatah lagi selama tiga atau empat tahun. Mungkin kita sudah dapat menghidu sebabnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia