Harian Metro

MISC-MIFA, UiTM FC jalin hubungan erat

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Pasukan bola sepak MISC-MIFA berjaya menewaskan UiTM FC 4-0 pada aksi persahabat­an veteran di Stadium UiTM Shah Alam kelmarin.

Skuad berkenaan yang turut dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan termasuk penjaga gol V Murugan dan N Nathakumar berjaya mendahului 2-0 pada masa pertama dan menambah dua lagi jaringan pada babak kedua.

Perlawanan bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m terbabit turut menyaksika­n sentuhan menarik presiden MISC–MIFA, Datuk T Mohan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Profesor Datuk Dr Abdullah Mohamad Said.

Abdullah berkata, keputusan perlawanan bukan menjadi keutamaan berikutan lebih kepada aksi persahabat­an dengan kedua-dua pasukan turut menampilka­n pemain berusia 50-an.

Katanya, kehadiran lebih 25 pemain lawan termasuk lagenda Datuk Santokh Singh memberi gambaran sokonganny­a kepada program komuniti bola sepak perpaduan.

Menurutnya, ikatan erat kedua kelab berkenaan juga memberi impak terhadap pelbagai program lain yang boleh dimanfaatk­an untuk pembanguna­n bola sepak di negara ini.

Hadir sama Pengarah Sukan UiTM, Mustaza Ahmad dan bekas pemain kebangsaan Anuar Abu Bakar yang beraksi untuk UiTM FC.

 ??  ?? ABDULLAH (tiga dari kanan) dan Mohan sebelum perlawanan bermula.
ABDULLAH (tiga dari kanan) dan Mohan sebelum perlawanan bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia