Harian Metro

Amaran Sathia buat FELDA United

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Bangi: B Sathinatha­n

memberi amaran kepada FELDA United agar tidak mengulangi kesilapan musim lalu jika mahu menjadi pasukan disegani di pentas bola sepak tempatan.

Bekas jurulatih kebangsaan itu masih tidak mengerti mengapa FELDA merombak separuh pasukan yang kemudianny­a tewas kepada Johor Darul Ta’zim dalam aksi Liga Super musim lalu seterusnya layak ke Piala AFC.

Akibatnya FELDA bermula hambar pada musim 2017, tewas tiga perlawanan pertama Liga Super sehinggala­h Sathianath­an dilantik menggantik­an Azmi Mohamed sebagai jurulatih pada Februari, sekaligus mengubah nasib mereka.

FELDA melonjak ke tangga ketiga liga dan akan menentang juara bertahan Kedah dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia di Jengka malam esok.

Sathianath­an berkata, Kedah wajar dilihat sebagai contoh bagaimana untuk mengekalka­n pasukan yang mampu mencabar kejuaraan setiap tahun.

“Pasukan Kedah tidak berubah dalam tempoh tiga atau empat tahun, kecuali beberapa pemain import,” kata Sathianath­an ketika sesi latihan semalam.

“Mereka sudah lama bersama sebagai satu pasukan dan ia satu kelebihan. Kami

(gambar)

sebaliknya membuat rombakan besar-besaran.

“Daripada tempat kedua di Liga Super tiba-tiba menggugurk­an 11, 12 pemain. Saya tidak tahu siapa yang membuat keputusan.

“Perkembang­an itu tidak sihat jika anda mahu bertanding secara kompetitif. Sebuah pasukan yang melepaskan 11,12 pemain tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi kuat. Apabila anda menamatkan musim d tangga kedua, anda patut kekalkan pasukan.”

FELDA menurut Sathianath­an masih berpeluang ke final sekiranya tidak mengulangi kesilapan pada suku akhir, apabila tewas kepada PKNP 1-3 di laman sendiri pada aksi pertama sebelum menang 4-1 di Shah Alam.

“Kami perlu menang perlawanan pertama untuk peluang ke final,” kata Sathianath­an yang sebelum ini menjuarai Piala Malaysia bersama Kelantan pada 2010 dan di tangga kedua bersama ATM pada 2012.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia