Harian Metro

Syafiq idam final

- Izzali Ismail bhsukan@bh.com.my

Alor Setar: Syafiq Ahmad impikan final ketiga untuk Kedah. Penyerang muda Kedah dan skuad B23 negara, Muhammad Syafiq Ahmad bertekad membantu skuad Helang Merah untuk memperoleh­i bekalan selesa dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, malam esok.

Syafiq yang sudah meledak enam gol pada musim ini melaui empat gol untuk Liga Super, satu gol Piala FA dan satu gol Piala Malaysia, menyimpan hasrat mahu pasukannya melangkah ke final untuk kali ketiga berturut turut pada musim ini.

Tugas utama Syafiq Ahmad dibahagian serangan dan diletakkan sebagai ‘super-sub’, diyakini mampu mengkucar kacirkan pertahanan lawan dan beliau kerap kali membuat kejutan menghasilk­an gol pantas.

“Harapan saya sudah tentu mahu Kedah mendapat bekalan selesa dan sekaligus mencerahka­n peluang layak ke peringkat akhir Piala Malaysia pada musim ini.”

“Kita layak ke final Piala Malaysia dan bertemu Selangor dua kali pada 2015 dan 2016. Peluang untuk kita layak ke final untuk kali ke tiga berturut turut pada tahun ini hanya selangkah sahaja, dan itulah impian saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia