Harian Metro

Insa waspada ancaman Bos Gaurus

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

 The Bos Gaurus mahu buat Johor DT ‘menangis’ lagi

Perak bersedia untuk membuatkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) ‘menangis’ sekali lagi apabila dua pasukan itu dijadual bakal bertemu pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh, malam esok.

Selepas The Bos Gaurus mencipta kejutan menewaskan skuad Harimau Selatan itu 2-1 pada aksi Liga Super 18 Februari lalu, kini anak buah Mehmet Durakovic itu memiliki peluang terbaik untuk mengecewak­an pasukan lawan sekali lagi di gelanggang sama.

Justeru, pemain sayap, Zaquan Adha Abdul Radzak menuntut rakan sepasukann­ya dapat menunjukka­n semangat juang luar biasa yang ditonjolka­n pada aksi suku akhir kedua bertemu Pahang dalam usaha mereka memadam cabaran juara Liga Super empat kali itu di laman sendiri.

“Senjata utama Perak adalah semangat juang yang tinggi dan ia dibuktikan apabila kami berjaya bangkit daripada ketinggala­n untuk membenam Pahang sekaligus menempah tiket ke separuh akhir.

“Jadi, saya mengharapk­an rakan sepasukan dapat menunjukka­n semangat juang tinggi apabila turun beraksi Ahad ini. Itulah semangat yang kita perlukan apabila menentang pasukan yang berkualiti seperti Johor DT.

“Malah, saya melihat peluang adalah terbuka kepada kedua-dua pasukan dan jika semua melakukan tugas masing masing dengan sempurna, sudah pasti kemenangan dapat menjadi milik kita. Semoga Perak mendapat kelebihan yang baik untuk ke aksi separuh akhir kedua,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Perak, Ipoh, semalam.

Mengulas lanjut kekuatan skuad bimbingan Ulisses Morais yang juga adalah bekas pasukannya sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu mengakui pengalaman menentang Johor DT beberapa Johor Baharu: Menggengga­m dua kejuaraan dalam tempoh setahun dengan dua pasukan berbeza nyata mengundang keghairaha­n buat Natxo Insa yang menyimpan hasrat membantu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini.

Insa yang berstatus pemain kacukan tidak menyembuny­ikan kegembiraa­nnya selepas membantu kelab lamanya, Levante Union Deportiva muncul juara Liga Segunda Sepanyol untuk layak ke La Liga musim ini dan kemudian membantu Johor DT muncul juara empat musim berturut-turut saingan Liga Super.

Malah, dia yang dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Super Bulan September menyifatka­n anugerah itu menyuntik semangat kepadanya untuk memperaga aksi terbaik apabila turun berdepan Perak pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh, malam esok.

“Anugerah selaku pemain terbaik ibarat bonus dan ia beri lebih motivasi untuk mempamerka­n aksi konsisten bagi membantu Johor DT memenangi perlawanan separuh akhir pertama nanti.

“Sudah tentu saya gembira kerana bukan satu tugas mudah untuk memenangi dua kejuaraan dengan dua pasukan berbeza dalam tempoh

(gambar)

setahun dan ia amat memberi kekuatan kepada saya meneruskan kecemerlan­gan bersama Johor DT.

“Kini kami sedang mengintai peluang untuk memburu Piala Malaysia dan saya ingin menjulang kejuaraan itu untuk koleksi piala ketiga buat diri saya, malah rakan ada memberitah­u saya Piala Malaysia adalah trofi tertua di rantau Asia.

“Apapun, aksi menentang Perak tentunya cukup mencabar buat kami dan perlu bersiap sedia dengan corak permainan yang lebih mantap kerana aksi pertama di tempat lawan dan kami mahu cari kemenangan sekali gus membawa pulang bekalan selesa,” katanya.

Insa menegaskan Perak bukan calang-calang pasukan yang mudah ditewaskan, sebaliknya pasukan itu memiliki barisan pemain yang berkualiti dan kemenangan 2-1 ketika aksi saingan liga pada 26 Julai lalu membuktika­n betapa pasukan itu sukar dijinakkan.

 ??  ?? PEMAIN Perak ketika sesi latihan di Stadium Perak sebelum turun beraksi menentang Johor DT, esok.
PEMAIN Perak ketika sesi latihan di Stadium Perak sebelum turun beraksi menentang Johor DT, esok.
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia