Harian Metro

Hafizul mahu kebal di gawang

-

Kuala Lumpur: Perasaan gemuruh tetap menyelubun­gi penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Perak, malam esok.

Bagaimanap­un, penjaga gol berusia 24 tahun itu enggan perasaan gemuruh itu menjejaska­n fokusnya di atas padang dengan dia bersedia sepenuhnya untuk menjadi benteng terakhir The Bos Gaurus pada aksi penting itu.

“Sebagai penjaga gol muda, sudah pasti perasaan gemuruh itu ada apatah lagi perlawanan Ahad ini adalah aksi separuh akhir Piala Malaysia. Ia memberikan satu suasana yang begitu berbeza berbanding

(gambar)

aksi Liga Super yang diharungi sebelum ini.

“Saya tidak takut (untuk beraksi) tetap ianya lebih kepada perasaan gemuruh sahaja. Namun, pengalaman beraksi di pentas antarabang­sa memang banyak membantu saya membentuk ketenangan diri menjelang aksi besar seperti ini.

“Apapun, saya perlu pastikan perkara ini tidak akan mengganggu saya daripada memberikan persembaha­n yang terbaik Ahad nanti. Saya juga mengharapk­an rakan sepasukan dapat memberikan yang terbaik untuk membantu Perak mencapai kemenangan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Perak, Ipoh, semalam.

Prestasi cemerlang penjaga gol muda itu nyata menarik perhatian pengendali skuad kebangsaan, Nelo Vingada yang memberikan kepercayaa­n kepadanya untuk menjadi penjaga gawang skuad Harimau Malaya bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2019 yang menyaksika­n dia menyelamat­kan sepakan penalti pemain Hong Kong pada minit akhir di Stadium Hang Jebat, Melaka untuk pasukan negara berkongsi satu mata dengan skuad bimbingan Kim Pan Gon itu.

Mengulas lanjut mengenai skuad Harimau Selatan yang dibimbing Ulisses Morais itu, Hafizul menuntut rakan sepasukann­ya agar tidak terlalu memandang tinggi pasukan lawan kerana baginya, Perak juga adalah pasukan yang baik dan mampu untuk memberi cabaran.

“Bukanlah kita

tidak menghormat­i Johor DT kerana kita tahu mereka sememangny­a pasukan yang hebat tetapi kita tidak perlu merendah diri kerana kita juga memiliki kehebatan yang tersendiri.

“Kita memerlukan kemenangan supaya kita memiliki kelebihan pada aksi kedua. Apa yang lebih penting adalah saya perlu memastikan gawang Perak tidak dibolos sekaligus tidak menghadiah­kan gol di tempat lawan kepada mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia