Harian Metro

Tidak babit masalah peribadi

Adira jelaskan kesilapan sendiri menyebabka­n dia tersingkir awal dalam saingan AF Megastar

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pembabitan penyanyi Adira Suhaimi, 25, dalam program AF Megastar 2017 antara yang disebut-sebut memberi saingan hebat kepada peserta lain.

Tapi siapa sangka, Adira atau Siti Adira Suhaimi menjadi peserta pertama tersingkir dalam program itu.

Seperti ada yang tidak kena dengan persembaha­nnya pada minggu itu. Kualiti nyanyian naib juara Akademi Fantasia musim lapan (AF8) itu tidak seperti diharapkan selain lupa lirik.

Disebabkan itu, banyak beranggapa­n penyanyi lagu Ilusi ini hilang fokus disebabkan masalah peribadi.

Bagaimanap­un, ia dinafikan Adira. Tegasnya, dia jenis yang tidak suka mencampura­dukkan urusan kerja dengan peribadi.

“Walau apa pun yang terjadi, saya sebolehbol­ehnya cuba beri yang terbaik dalam kerja. Malah saya jenis yang tidak sesekali membenarka­n masalah peribadi menguasai diri.

“Cuma apa yang berlaku pada persembaha­n saya baru-baru ini disebabkan kesilapan diri sendiri. Kalau ada pendapat lain, itu sekadar andaian mereka. Saya tidak boleh menghalang mereka untuk bercakap apa pun.

“Orang tidak tahu apa yang saya lalui di sebalik tabir bagi menjayakan persembaha­n ini tetapi rezeki tidak memihak kepada saya.

“Saya juga akui memang banyak kekurangan terutama masalah menghafal lirik

walaupun disediakan monitor,” katanya.

Pada masa sama, timbul dakwaan Adira menyertai AF Megastar kerana terpaksa sehingga menyebabka­n dia dilihat tidak bersungguh­sungguh ketika mengadakan persembaha­n.

Kata Adira, tidak timbul terpaksa atau dipaksa kerana dia sendiri yang hadir uji bakat untuk menyertai pertanding­an ini.

“Macam saya katakan tadi, itu semua cakap-cakap orang saja. Saya menganggap ia bukan rezeki dan tuah, malah seronok dapat menyertai program ini yang memberi pengalaman baru.

“Tidak sedikit pun rasa kecewa kerana saya sudah biasa kalah. Apa yang pasti ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus menyanyi.

“Kalah tidak bererti gagal selamanya. Saya sentiasa percaya kepada rezeki Allah. Kalau bukan sekarang mungkin akan datang,” katanya.

Seronok jadi ibu

Adira yang berkahwin dengan Datuk Seri Adnan

Abu pada 3 Disember 2015 mengakui semakin seronok menjadi ibu.

Sejak kelahiran anak perempuann­ya, Anggerik pada 10 Mac lalu, Adira kini lebih memahami perasaan dan tanggungja­wab sebagai seorang ibu.

“Sejak jadi ibu, ia membuatkan saya lebih faham bagaimana sebenarnya perasaan ibu kita yang dulu menjaga dan membesarka­n kita.

“Teringat saat saya nakal dan tidak mendengar katakata mak, membuatkan timbul rasa penyesalan. Sekarang kita fahamlah kenapa mak marah kalau anaknya tidak dengar cakap.

“Saya harap anak saya nanti menjadi seorang anak yang baik dan mendengar kata,” katanya.

Kata Adira, anaknya yang kini berusia tujuh bulan dilihat semakin bijak malah mesra kamera setiap kali ada orang ingin merakamkan gambarnya.

“Apa saya perasan, sejak kecil Anggerik suka bergambar. Dia tahu kalau ada orang nak merakamkan gambarnya. Dia sangat suka kalau bergambar. Mungkin dia ikut perangai saya,” katanya.

Adira akui berasa berat hati mahu meninggalk­an anaknya dalam tempoh yang lama. Disebabkan itu, dia akan membawa anaknya ke tempat kerja.

“Saya jenis tidak boleh duduk saja di rumah tanpa berbuat apa-apa. Habis saja berpantang, saya kembali bekerja. Seperti biasa, saya menjayakan persembaha­n, program TV dan sesi fotografi.

“Kalau keluar bekerja memang saya akan bawa anak bersama sebab tak boleh berjauhan dengannya dalam tempoh lama. Tambahan pula dia masih menyusu badan.

“Tapi jika keadaan tidak mengizinka­n, saya akan tinggalkan bersama pembantu,” katanya

Adira juga dalam perancanga­n menghasilk­an single baru selain beberapa projek lain yang masih dalam peringkat perbincang­an.

Walau apa pun yang terjadi, saya seboleh-bolehnya cuba beri yang terbaik dalam kerja. Malah saya jenis yang tidak sesekali membenarka­n masalah peribadi menguasai diri adira

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia