Harian Metro

Seimbang

-

separuh akhir nanti.

“Kita tidak mahu lihat pemain sengaja melengahka­n masa apabila mendahului, beraksi dengan penuh semangat kesukanan kerana ia penting untuk memajukan bola sepak negara. Menang atau kalah aksi pertama ini adalah adat permainan, biar bermusuh dalam padang bukannya terbawa hingga ke luar.

FELDA UNITED MLN KEDAH

Bagi Chan Yew, FELDA mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri terutama dengan kehadiran B Sathianath­an, di mana banyak perkara positif dapat dillihat dari pasukan berkenaan,”katanya.

“Mereka (FELDA) juga berada di kedudukan ketiga Liga Super sekarang ini dan berada dalam prestasi terbaik berbanding Kedah yang agak goyah dalam saingan liga tetapi beraksi cemerlang di Piala Malaysia. Bukan hendak memilih mana-mana pasukan tapi di atas kertas perlawanan ini memihak kepada FELDA.

“Kedah pula sebagai juara bertahan dan naib juara 2015 tidak mustahil untuk ke final sekali lagi tahun ini namun mereka memerlukan sesuatu yang lebih dari semua pemain. Terutama tonggak import dan pemain kebangsaan.

“Saya rasa bukan saja pihak pengurusan tapi seluruh rakyat Kedah ingin mengharapk­an sesuatu dari mereka sama seperti 2015 dan 2016. Bagi FELDA saya memilih ketua pasukan, Shukor Adan bakal memainkan peranan penting esok, walaupun jaringan lebih penting dan dia beraksi di bahagian pertahanan tapi semangatny­a saya sudah tahu kerana kami berkawan sudah lama.

“Kedah pula saya fokus kepada pemain import Kosovo, Liridon Krasniqi, jika dia tidak bermain untuk dirinya sendiri Kedah akan berjaya dan selagi dia tidak besar kepala bermain secara satu pasukan peranannya di atas padang bakal menjadi sangat penting,”katanya.

PERAK MLN JOHOR DT

Chan Yew mengakui perkara yang sama diharapkan untuk aksi separuh akhir pertama antara Perak dan Johor DT, di mana penyokong tuan rumah sudah tentu akan memberikan tenaga tambahan dengan.“Stadium sudah tentu akan penuh cuma saya berharap tidak timbul isu mengenai tiket dan berebut, kerana ia sering terjadi di separuh akhir dan akhir. Dalam masa sama kita juga sedar bahawa sejak kebelakang­an ini pertembung­an antara kedua-dua pasukan ini berlangsun­g dalam keadaan ‘panas’.

“Jadi biarlah ia berlangsun­g dengan penuh profesiona­l di atas padang dan menentang Johor DT memang semua pasukan bercita-cita untuk menumpaska­n mereka termasuk Perak.

“Ramai sudah tahu misi Johor DT adalah untuk merangkul Piala Malaysia, jadi sudah tentu banyak pasukan seperti FELDA, Kedah dan Perak cuba untuk menghalang mereka.

 ??  ?? GILMAR
GILMAR
 ??  ?? SAFIQ Rahim
SAFIQ Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia