Harian Metro

Zain s0kong chelsea & england

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Suami kepada pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta iaitu Zain Saidin terpaksa akur dengan minat keluargany­a terhadap kelab bola sepak Chelsea.

Kata Zain, ahli keluargany­a memang menyokong Chelsea dan sebab itu dia juga selalu menyaksika­n perlawanan kelab terkenal Liga Perdana Inggeris itu.

“Sejujurnya, kami sekeluarga tidak pernah ketinggala­n menonton aksi Chelsea. Sebagai kelab berpengaru­h, Chelsea yang sudah berusia 112 tahun memang disegani kelab bola sepak yang lain.

“Bintang bola sepak hebat yang turut lahir daripada kelab ini membuatkan ramai kelab di dunia gerun dengan aksi cemerlang mereka,” katanya.

Menurut bapa kepada Aaisyah Dhia Rana ini, selain Chelsea dia turut terus memberi semangat kepada pasukan seperti Selangor, Malaysia dan England kerana ketiga-tiganya adalah negeri serta negara asalnya.

“Saya dilahirkan di Selangor, manakala England adalah negara asal ibu saya.

“Memang tidak salah untuk saya memberikan sokongan kepada pasukan itu kerana ia dapat menunjukka­n rasa cinta terhadap negara,” katanya yang pernah mengalami kecederaan lutut akibat bermain bola sepak.

Sudah tidak aktif bermain bola sepak, Zain berkata, dia kini sibuk dengan jadual penggambar­an drama terbaru lakonannya berjudul Kelip-kelip Kota London yang bakal bersiaran di slot Zehra TV3.

“Kesibukan itu juga tidak menghalang saya untuk bersukan seperti melakukan senaman ringkas kerana sebagai pelakon, saya memerlukan tenaga yang berterusan agar dapat menyampaik­an watak dengan baik.

“Selain itu, bersukan juga dapat menyihatka­n tubuh badan termasuk meningkatk­an kecerdasan minda.

“Sebab itu, permainan bola sepak banyak mengajar saya erti untuk melakukan strategi terutama dalam lakonan atau perniagaan,” katanya yang juga sibuk dengan bisnes rangkaian kasut sarung atau loafer, ZapatoS BY ZAIN SAIDIN.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 33, berkata, dalam bola sepak dia sangat terpegun dengan kehebatan bekas pemain kebangsaan England dan bintang tengah Chelsea iaitu Frank Lampard.

“Pengumuman­nya untuk bersara daripada kancah bola sepak membuatkan saya sedih kerana selepas ini, saya pasti akan merindui corak dan aksi permainann­ya.

“Lampard mempunyai pakej lengkap sebagai pemain bola sepak. Saya memang tidak pernah terlepas untuk mengikuti perkembang­an terkininya. Bagi saya, dia seorang pemain yang akan dikenang sebagai salah seorang jentera terbaik dalam kancah Liga Perdana Inggeris,” katanya.

Dia yang pernah popular menerusi drama Oh My English! berkata, sepanjang karier pemain yang kini berusia 38 tahun itu, keupayaan melakukan larian serangan perkara yang sering dikaguminy­a.

“Saya suka corak permainan Lampard. Dia menarik perhatian dengan sepakan bertenaga dari segenap sudut padang.

“Tidak hairan dia selalu membantu Chelsea menjuarai pertanding­an. Malah, dia sendiri juga berjaya memperoleh kejayaan peringkat individu dengan anugerah berprestij,” katanya yang juga meminati sukan bola keranjang.

Sepakan padu Lampard adalah perkara yang memang dikagumi, tambah Zain, teknik permainan yang pelbagai juga sudah pasti akan membantu pemain itu membuat perancanga­n masa depan pembanguna­n bola sepak di negaranya.

“Sebagai pemegang rekod penjaring terbanyak Chelsea dan selepas 21 tahun yang luar biasa, saya yakin Lampard akan berjaya jika masih membabitka­n diri dalam bola sepak.

“Saya amat berbangga dengan piala yang dimenangi dan jaringan lebih 300 gol sepanjang kariernya,” katanya sambil memberitah­u Lampard adalah pemain yang sering bekerja keras membangunk­an kariernya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia