Harian Metro

CUAUHTEMiN­A JULANG BLANcO

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Sukar untuk meramalkan sama ada akan ada lagi pemain yang mempunyai kemahiran pelik seperti legenda Mexico, Cuauhtemoc Blanco iaitu mengepit bola dengan kedua-dua kaki, mengangkat melepasi satu atau dua pertahanan lawan dan mara ke depan melakukan serangan.

Blanco yang sekarang ini memabitkan diri dalam arena politik dan memegang jawatan Datuk Bandar Cuernavaca memperagak­an kemahiran berkenaan ketika Piala Dunia 1998 menentang Korea Selatan serta mengulangi­nya di beberapa perlawanan peringkat kelab mahupun antarabang­sa.

Kemahiran yang diberi nama Cuauhtemin­a itu pada dasarnya memang mudah untuk dilakukan tetapi menarik minat penonton dan diterapkan sebagai salah satu aksi luar biasa dalam permainan video FIFA.

Beliau yang lahir di pinggir ibu kota, Mexico City iaitu pekan Tepito, mempunyai sejarah hidup menarik ketika di zaman remaja apabila menjadi penjual kaset cetak rompak, sebelum mengukir nama bersama kelab America dan pasukan kebangsaan Mexico.

Bagaimanap­un, ahli politik Parti Sosial Demokratik itu mengakui bahawa beliau tidak mampu untuk mengulangi aksi berkenaan apabila berpindah ke Eropah selepas dipinjam kelab Sepanyol, Real Vallodolid pada 2000.

Kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama setahun mungkin menjadi penyebab utama kemahiran itu sukar untuk diulangi sehingga memaksanya pulang semula ke America.

Selain terkenal dengan kemahiran individu dan pelbagai lagi kontrovers­i dan sikap panas baran, Blanco juga pernah menambat hati peminat apabila meraikan jaringan seperti seorang pemanah dan pernah mengakui kepada media beliau meniru gaya penyerang, Atletico Madrid, Kiko Narvaez.

Ketika ditemubual akhbar Mexico, El Universal, Blanco menjelaska­n beliau sedang menonton perlawanan La Liga bersama rakan sepasukan, German

Villa, kedua-dua mereka bersetuju untuk meraikan jaringan seperti itu.

Bagaimanap­un, kehidupan sebagai pemain bola sepak dan ahli politik memang sangat berbeza, apabila April lalu beliau mengakui sangat takut dengan keselamata­n diri dan keluarga selepas dikaitkan dengan pembunuhan di Cuernavaca.

Blanco yang pernah beraksi bersama pasukan Chicago Fire menafi terbabit mengupah pembunuh upahan menembak ahli perniagaan Juan Manuel Garcia Bejarano.

“Sudah tentu saya takut kerana membabitka­n nyawa saya dan keluarga. Bagaimanap­un, saya akan tetap berada di Cuernavaca,” katanya yang bersara tahun lalu.

Blanco juga pernah tampil dalam beberapa iklan di televisyen dengan beberapa produk terkenal barangan sukan serta minuman seperti Adidas dan Pepsi.

 ??  ?? TONGGAK penting pasukan Mexico di pentas antarabang­sa.
TONGGAK penting pasukan Mexico di pentas antarabang­sa.
 ??  ?? KEMAHIRAN pelik yang menjadi tumpuan dunia.
KEMAHIRAN pelik yang menjadi tumpuan dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia