Harian Metro

Alice ‘terpukau’ lamaran morata

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Ia seperti jalan cerita dalam sebuah filem tetapi apa yang berlaku kepada Alvaro Morata dan isterinya, Alice Campello memang sangat romantis apabila bintang Chelsea itu melamar model kelahiran Itali itu ketika dalam satu pertunjukk­an silap mata.

Alice yang mula menjadi tumpuan netizen di Instagram berkenalan dengan Morata ketika pemain berusia 24 tahun itu beraksi di Juventus dan semuanya berlangsun­g dengan begitu pantas termasuk lamaran di tempat awam.

Ketika itu, kedua-dua mereka dijemput untuk menaiki pentas bagi membantu seorang ahli silap mata melakukan pertunjukk­an namun sesuatu yang mengejutka­n berlaku apabila Morata berterus-terang serta melamar Alice di Madrid, Sepanyol pada 10 Disember 2016.

Tahun ini kedua-dua Apa kurangnya pasukan bola sepak Perak dan FELDA United? Rasanya tidak salah kalau ada penyokong The Bos Gaurus dan The Fighters berani mengatakan mereka adalah pasukan pilihan untuk menang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam esok.

Sama ada bersikap fanatik mahu pun realistik, tiada keputusan lain yang seharusnya dicari oleh Perak dan

Felda kecuali menang perlawanan pertama di tempat sendiri. Ini perhitunga­n Piala Malaysia, peluang keemasan untuk menambah seri dan tradisi pasukan masing-masing.

Kebangkita­n Perak menyingkir­kan Pahang manakala FELDA mengenepik­an PKNP FC mereka sah sebagai pasangan suami isteri apabila melangsung­kan perkahwina­n pada 17 Jun alu di Venice yang turut dihadiri Isco dan Simone Zaza.

Selain menjadi model, Alice turut dikenali dalam dunia industri fesyen, sebagai seorang pereka dan mempunyai jenama beg tangan sendiri iaitu Avril.

“Kehidupan saya adalah bersamanya (Morata) namun saya tetap mempertaha­nkan kebebasan. Sekarang kami sudah kahwin dan akan hidup dengan cahaya mata selepas ini,” kata Alice anak kepada seorang penjual kereta terkenal di Venice, Andrea Campello.

Alice yang juga graduan di Universiti Antarabang­sa Milan (IMU) dalam jurusan bahasa dan media, juga meminati lagu dendangan penyanyi rap terkenal Itali, Jovanotti.

“Saya meminati Jovanotti terutama sekali dengan lagu yang bertajuk Who knows if you’re sleeping, manakala rancangan televisyen kegemaran saya ialah Gossip Girl.

Paling menarik antara percintaan Morata dan Alice ialah di sebalik peristiwa romantis, penyerang

Chelsea itu mendedahka­n bahawa isterinya pernah menghalaun­ya dari rumah selepas gagal menyempurn­akan sepakan penalti dalam perlawanan Perisai Komuniti menentang Arsenal.

”Saya sebenarya tidak begitu gembira apabila gagal menyempurn­akan sepakan penalti menentang Arsenal. Isteri saya mahu halau dari rumah namun anda harus kekal tabah.

“Kami sekarang semakin bahagia dan itu paling penting. Selain cuba untuk membantu kelab muncul juara Liga Juara-Juara,” kata Morata.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia