Harian Metro

MENGAPA MALAYSIA KALAH?

-

Sehari dua ini bila melepak di kedai kopi, kawankawan tidak habis-habis bertanya pendapat Spy Bola mengenai kekalahan (0-2) pasukan bola sepak kita kepada Hong Kong, Selasa lalu.

Mereka bertanya mengapa Malaysia kalah? Jawapan Spy

Bola sebab Hong Kong menang!. Jawapan ‘loyar buruk’ itu menyebabka­n mereka mencebik dan mengeluark­an pendapat sendiri. Macammacam analisa dibuat menyebabka­n Spy

Bola sekadar tersengih mendengarn­ya kerana cara mereka bercakap mengalahka­n seorang pakar.

Ada yang menyalahka­n Safiq Rahim yang dibuang padang sebagai punca kekalahan Malaysia. Tapi lebih ramai menyalahka­n jurulatih Nelo Vingada.

Mereka mempertika­i mengapa jurulatih bergelar Profesor itu tidak berani mencuba pemain muda seperti Nor Azam Azih, Adib Zainuddin, Adam

Nor Azlin dan beberapa pemain skuad Bawah 22 Tahun. Sebaliknya masih mempertaru­hkan harapan kepada Safiq, Baddrol Bakhtiar, Khairul Helmi Johari dan Shahrom Kalam yang dilihat sudah lemau.

Malah, pertikaian paling popular adalah apa istimewany­a

Darren Lok sehingga dia menjadi pilihan kerana pemain Johor DT itu tidak memberi sebarang impak di peringkat kelab berbanding N Thanabalan yang sudah membuktika­n ketajamann­ya bersama skuad B-22.

Malah, ada rakan yang mencadangk­an agar FAM memecat Vingada serta mencari jurulatih lain kerana selepas lima perlawanan di bawah beliau, Harimau Malaya belum menunjukka­n peningkata­n. Soalan

Spy Bola, agak-agak kalau kita lantik Jose Mourinho, mampukah beliau membawa kejayaan dengan pemain yang kita ada sekarang. Rasanya mahu lari malam Mourinho.

 ??  ?? .JURULATIH kebangsaan, Nelo Vingada
.JURULATIH kebangsaan, Nelo Vingada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia