Harian Metro

Akibat dah teruja sangat

-

Penyanyi muda lelaki tak terlepas daripada tindakan melampau

peminat wanita

sedangkan apa dilakukan itu disebabkan rasa keterujaan yang tidak terkawal.

Apabila berdepan situasi seperti ini, sebaik-baiknya apabila kita menyukai seseorang selebriti biarlah bersederha­na kerana itu lebih baik dan memudahkan.

Kalau mereka datang secara sopan dan menegur dengan baik, sudah tentu saya sendiri tidak keberatan meluangkan masa untuk berbual dengan mereka. Sudah tentu saya sendiri senang kerana mereka meminati saya.

Tapi bayangkan kalau ada yang datang tiba-tiba berlari dan mahu memeluk sudah tentu ia menimbulka­n rasa takut. Saya pun bimbang untuk meluangkan masa kerana nanti kalau dilayan boleh menimbulka­n perkara tidak diingini atau paling tidak, ia menjadi fitnah.

Pihak pengurusan juga banyak membantu dengan memastikan ada pihak menjaga keselamata­n dan keadaan apabila saya berada dalam kelompok yang ramai.

Tapi kalau situasi boleh dikawal, saya sendiri boleh bercakap dan menegur peminat yang cuba bersikap keterlalua­n itu. Selalunya mereka menerima teguran itu dengan baik.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia