Harian Metro

Yazit

-

Selimuti Hawa, Hipokritik, Apa Mahu Mu dan Rempuh.

Ketika itu anggota yang ditampilka­n ialah Yazit (dram), Moq (penyanyi), Shah (gitar), Zham (bass) dan Cha’ah (gitar). Bagaimanap­un, Shah dan Cha’ah ada karier sendiri dan berundur daripada Rampage.

“Album ini dibuat dalam bentuk dua edisi dengan edisi kedua akan dikeluarka­n pada awal tahun depan.

“Lagunya disiapkan sejak 17 tahun dulu, tanpa sebarang proses rakaman atau mastering terbaru, namun ia tetap relevan dengan industri muzik kita,” katanya.

Sebagai penghargaa­n buat peminat, Rampage akan mengadakan persembaha­n Rampage Rempuh Live Showcase di House@G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 4 November ini jam 10 malam.

“Kami akan menyampaik­an lagu daripada album ini dan lagu Kejoraku Bersatu yang dinyanyika­n oleh Moq menerusi album Search berjudul Selepas Banjir.

“Persembaha­n kami juga akan menampilka­n kumpulan Fenomena, iaitu klon kumpulan Search. Mereka adalah anak didik saya dan sebuah kumpulan yang berbakat,” katanya.

Yazit mengakui bimbang dengan tahap kesihatann­ya dan sudah menyiapkan pengganti sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.

“Saya sentiasa berdoa agar kesihatan baik pada hari persembaha­n, tetapi sekiranya tak dapat bermain, tempat ini akan diisi oleh adik saya, Zahid Ahmad atau pemain dram lain yang berbakat,” katanya.

 ??  ?? Lagunya disiapkan sejak 17 tahun dulu, tanpa sebarang proses rakaman atau mastering terbaru, namun ia tetap relevan dengan industri muzik kita
Lagunya disiapkan sejak 17 tahun dulu, tanpa sebarang proses rakaman atau mastering terbaru, namun ia tetap relevan dengan industri muzik kita
 ??  ?? RAMPAGE tetap pasarkan lagu yang dicipta 17 tahun lalu.
RAMPAGE tetap pasarkan lagu yang dicipta 17 tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia