Harian Metro

‘saya tak pandai duduk diam’

-

dengan pemuzik dan peminat serta bercerita berkenaan album ini,” katanya.

Menurutnya, dia juga sudah menyediaka­n pelan promosi album ini terlebih awal bagi mengelak sebarang kesukaran terhadap semua pihak.

“Saya hanya perlu menjalani dialisis selama tiga hari seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu dari jam 6 pagi hingga 11 pagi.

“Jadi, sebaik selesai proses ini pada Sabtu, saya sudah boleh bergerak ke manamana termasuk luar Kuala Lumpur untuk sesi promosi album dan membuat persembaha­n bersama Rampage,” katanya.

Yazit berkata, sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan, dia tidak perlu bimbang kerana anggota Rampage iaitu Moq (penyanyi), Rithan (gitar), Zham (bass) dan Jemboo (gitar) memahami situasinya dan bersedia membantu.

“Saya memuji mereka yang amat sabar dengan masalah saya. Tidak pernah kedengaran sebarang rungutan sepanjang mereka bersama saya.

“Malah, kesabaran mereka menunggu album ini selama 17 tahun sehingga dipasarkan sekarang menjadi bukti mereka berjiwa besar,” katanya.

Album Rampage Rempuh edisi pertama memuatkan lima lagu iaitu Torpedo,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia